Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail akan mengadakan mesyuarat tergempar Sabtu ini, sebelum mengadakan perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk menyelesaikan isu pengguguran sukan itu daripada program sukan teras negara dan Sukan Malaysia (Sukma) 2018.
Ahmad berkata mesyuarat tergempar itu akan dihadiri semua anggota PSM dan juga Majlis Sukan Negeri-negeri untuk mengumpulkan maklumat bagi menangani isu berkenaan.
Beliau berkata pihak kementerian harus bijak membezakan bahawa program sukan teras dan Sukma adalah dua perkara berbeza.
"Saya berasa ini sesuatu yang tidak kena dan tidak betul, malah saya anggap keputusan itu tidak bijak untuk menggugurkan sepak takraw. Selepas saya mendapat maklumat dari negeri-negeri, saya akan berjumpa dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail terlebih dahulu, sebelum membincangkan perkara tersebut dengan Khairy," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Ahmad berkata sepak takraw mula dipertandingkan sejak penganjuran pertama Sukma, namun sukan berkenaan hanya disenarai dalam program sukan teras negara pada 2008.
"Saya berharap pihak kementerian akan mengkaji semula keputusan itu kerana sepak takraw merupakan satu-satunya sukan mula diwujudkan di rantau ini," katanya.
Media pada minggu lepas melaporkan, Khairy mengumumkan angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada 19 jenis sukan teras negara di bawah program MSN bermula Sukma Perak 2018.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN yang dipengerusikan Khairy, berikutan prestasi merosot tiga sukan berkenaan, selain terpalit isu doping serta kemelut kepimpinan dalam persatuan.
Ahmad berkata penganjuran kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) dalam tempoh sembilan minggu lepas berjaya menarik lebih 5.3 juta penonton, yang jelas menunjukkan bahawa sukan tersebut masih diminati ramai.
"Tetapi apapun yang akan berlaku selepas ini, Sukma harus ada sepak takraw kerana setiap negeri telah membelanjakan kewangan yang besar untuk memajukan sukan ini," katanya.
Terdahulu, Ahmad yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Pulau Pinang menerima sumbangan RM20,000 daripada kerajaan Pulau Pinang, atas kejayaan pasukan negeri berkenaan merangkul kejuaraan STL Piala Juara-juara 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2017
Mesyuarat tersebut bagi menyelesaikan isu pengguguran sukan itu daripada program sukan teras negara dan Sukan Malaysia (Sukma) 2018. - Gambar fail
[TERKINI] Keputusan PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Ikuti laporan langsung keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
#AWANInews
#AWANInews
PRK KKB: PH pertahan Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi
Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri KKB.
AWANI Ringkas: Simbah asid | Visa haji palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
OIC, GCC sambut baik resolusi PBB mengenai usaha Palestin untuk keanggotaan penuh
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat menyambut baik penerimaan resolusi bersejarah oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im
Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
AWANI 7:45 [11/05/2024] - Kalah bukan abu, menang bukan arang | Jangan spekulasi | Kuota hak mutlak Arab Saudi
Keputusan terkini PRK KKB. Siapa menang? Siapa kalah?
Jangan campur urusan polis, siasatan simbah asid Faisal Halim.
Sindiket haji tanpa visa sah, aktif cari mangsa.
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula Dewan Undangan Negeri.
Jangan campur urusan polis, siasatan simbah asid Faisal Halim.
Sindiket haji tanpa visa sah, aktif cari mangsa.
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula Dewan Undangan Negeri.
Selebriti dunia hilang pengikut besar-besaran sempena Met Gala?
Pengguna media sosial lancar gerakan 'Operation Blockout', dengan menyasarkan selebriti yang tidak bersuara tentang isu genosid.
Tentera Udara Malaysia, Indonesia akan laksanakan rondaan udara bersama
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) merancang untuk mengadakan rondaan udara bersama selama tiga hari dari 20 hingga 22 Mei ini.
Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri
Filem aksi, Sheriff sudah meraih kutipan RM55 juta.
Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Ahmad Ismail berusia 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada pukul 2 petang tadi.
NGO saran Hutan Simpan Tanjung Tuan dijadikan hutan pelancongan, pendidikan
Hutan seluas 607,000 meter persegi itu telah diiktiraf sebagai kawasan penting burung dan kepelbagaian biologi, selain sebagai tempat penting burung pemangsa oleh pertubuhan antarabangsa.
Cabaran getir menanti presiden baharu PSM
12 Februari ini seluruh ahli gabungan PSM kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sarawak akan memilih kepimpinan baharu.
Tok Mat tinggalkan kerusi nombor satu Pulau Pinang
Dia mengundur diri bagi mengelak sebarang konflik memandangkan sudah meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia, 4 Jun lalu.
Penyingkiran PSM kekal - ASTAF
Keputusan itu akan disampaikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan bersesuaian mengikut perundangan Malaysia.
Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.
ASTAF tambah penggantungan Tok Mat
Kini beliau perlu jalani hukuman penggantungan selama 17 tahun bermula 6 Mei 2021.
PSS persatuan terbaru keluar PSM
PSS merupakan persatuan ketiga mengambil tindakan itu selepas Gabungan Sepak Takraw Kelantan dan Persatuan Sepak Takraw Johor.
Tok Mat digantung 15 tahun, diberikan tempoh 14 hari untuk merayu
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun mulai esok oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) hari ini.
Tiada jawapan, ASTAF anggap Ahmad tidak minat bela diri
Abdul Halim berharap Ahmad dapat memberi kerjasama menghadiri prosiding tatatertib hari ini untuk menentukan status dan kedudukannya.