KUALA LUMPUR: Prestasi terumbang-ambing perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao membimbangkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apatah lagi beliau diletakkan sebagai prospek emas di Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja Mei ini.
Bekas juara remaja Asia itu tersingkir pada pusingan kedua masing-masing di Kejohanan Badminton Masters China di Ruichang, Rabu lepas dan Masters Thailand pada Februari lepas.
Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM Wong Choong Hann meluahkan kerisauan dengan prestasi dipamerkan pemain ranking ke-71 dunia itu sepanjang saingan musim ini.
"Memang (prestasi Jun Hao) agak merisaukan kerana program serta corak latihan 80 hingga 90 peratus hampir sama untuk semua pemain.
"Kita juga ada buat latihan spesifik untuk setiap pemain berdasarkan keunikan dimiliki.
"Bagaimanapun, latihan itu nampaknya tidak cukup berhasil kerana dia (Jun Hao) bermain dengan baik pada penghujung tahun lepas.
"Tahun ini, belum nampak rentak tetapi kita akan cuba bantu dia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara di sini hari ini.
Mengulas mengenai persembahan Jun Hao di Masters China, Choong Hann berkata barisan kejurulatihan akan berusaha mengesan setiap kelemahan yang ada untuk ditangani dengan berbaki 49 hari sebelum temasya Sukan SEA membuka tirai.
"Memang ini pertandingan yang kita masukkan untuk dia sebagai persiapan ke Sukan SEA tetapi dia tidak mempamerkan keputusan seperti diharapkan. Bagaimanapun, kita mahu melihat apa kekurangan sebelum ke Sukan SEA.
"Masih ada beberapa kejohanan lagi yang akan disertai, jadi dari sana kita akan tumpukan lagi permainan dia. Harap Jun Hao dapat pulih daripada kekurangan ini dan lebih bersedia," katanya.
Jun Hao pada tahun lepas dilihat memiliki reputasi cukup baik selepas muncul juara Masters Indonesia selain berhasil menamatkan aksi Terbuka Poland, Cabaran Antarabangsa Indonesia serta Malaysia di pusingan suku akhir.
Sukan SEA Phnom Penh di Kemboja akan berlangsung pada 5 hingga 17 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023
Bekas juara remaja Asia itu tersingkir pada pusingan kedua masing-masing di Kejohanan Badminton Masters China di Ruichang, Rabu lepas dan Masters Thailand pada Februari lepas. -Foto BERNAMA
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Siasatan SPRM terhadap BAM mungkin berkaitan pemilihan - Subramaniam
Pemangku Presiden BAM Datuk V Subramaniam tidak menolak kemungkinan bahawa pemilihan menjelang AGM tahun depan, menjadi punca mengapa persatuan disiasat SPRM.
Biar SPRM selesaikan siasatan BAM, jangan buat spekulasi - Hannah
Hannah menekankan bahawa siasatan oleh SPRM adalah prosedur operasi standard apabila menerima aduan, dan bukan hanya terhad kepada persatuan sukan.
BAM sahkan kehadiran pegawai SPRM bagi dapatkan maklumat berkaitan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke pejabat badan induk itu, di sini, minggu lepas, untuk mendapatkan maklumat tertentu.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Jurulatih baharu perlu kenal budaya badminton Malaysia - James Selvaraj
Jurulatih badminton perseorangan negara perlu benar-benar mengenali budaya sukan itu di Malaysia terlebih dahulu sebelum memulakan tugas.