awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSG masih tercari-cari rentak sebenar - Luis Enrique

Astro Arena
Astro Arena
03/11/2023
03:29 MYT
PSG masih tercari-cari rentak sebenar - Luis Enrique
Walaupun mempamerkan peningkatan, Enrique berkata, rentak sebenar PSG baru sahaja bermula. - Foto Stadium Astro
LUIS Enrique menegaskan dia masih dalam fasa awal membangunkan pasukan bimbingannya, Paris St Germain (PSG).
Selepas permulaan musim yang tidak menentu, PSG mula menunjukkan prestasi konsisten pada Oktober, membalas kekalahan 1-4 dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) kepada Newcastle dengan empat kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan.
Kemenangan itu melonjakkan kedudukan mereka ke tangga kedua dalam Ligue 1, satu mata ketinggalan di belakang Nice menjelang perlawanan di laman sendiri menentang Montpellier Jumaat ini, sambil menunggu aksi 'kumpulan maut' UCL berhadapan Borussia Dortmund, Newscastle dan AC Milan.
Walaupun mempamerkan peningkatan, bekas jurulatih Barcelona dan Sepanyol yang dilantik awal Julai lalu itu berkata, rentak sebenar mereka baru sahaja bermula.
"Ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran," katanya.
"Segala usaha kami berjalan dengan lancar tetapi kami masih berada pada fasa awal dan perlu sentiasa berpegang pada prinsip dan perkara yang perlu kami lakukan...
"Kami sedang menjalani proses pembangunan yang berterusan. Apa yang saya suka dan apa yang kami cuba lakukan ialah mempunyai pasukan yang sukar diramal buat pasukan lawan tetapi mudah buat kami mengetahui kemampuan sebenar.
"Kami perlu mengucar-kacirkan pihak lawan tetapi ia bukan dalam kawalan PSG. Proses itu menuntut masa yang lebih lama...
"Saya telah melatih pasukan yang mendominasi perlawanan dan ini bermakna pihak lawan perlu menyesuaikan diri dengan gaya permainan mereka dan akhirnya kami boleh bermain kekal dengan gaya yang sama.
"Itulah sebabnya saya mahukan pilihan yang berbeza dalam pasukan. Saya gembira dengan cara pemain menerimanya dan ini hanyalah permulaan bagi kami."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro

Topic Berkaitan
#PSG
#Luis Enrique
#Liga Juara-Juara
#Paris St Germain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan