awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSM komited sedia padang bertaraf dunia untuk Harimau Malaya - Hannah

Bernama
Bernama
17/10/2023
12:51 MYT
PSM komited sedia padang bertaraf dunia untuk Harimau Malaya - Hannah
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) komited untuk menyediakan stadium dengan padang bola sepak bertaraf dunia bagi kegunaan skuad Harimau Malaya. - Foto Facebook Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) komited untuk menyediakan stadium dengan padang bola sepak bertaraf dunia bagi kegunaan skuad Harimau Malaya.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, percaya Stadium Nasional Bukit Jalil di bawah pemantauan kontraktor yang mempunyai kemahiran berkaitan rumput jenis Zeon Zoysia akan membuahkan hasil padang yang sempurna untuk pembangunan bola sepak di negara.
Katanya, sebuah tapak semaian rumput Zeon Zoysia turut terletak berhampiran Stadium Nasional.
Selain kontraktor yang mengendalikan penanaman dan penyelenggaraan rumput di gelanggang keramat Harimau Malaya itu merupakan kontraktor Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor Bahru, milik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), katanya.
"Sebarang pembaikan rumput di padang Stadium Nasional tidak melibatkan kos tambahan kerana adanya tapak semaian yang telah disediakan sebagai sebahagian daripada perancangan penyelenggaraan padang," katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.
Mengulas lanjut, Hannah berkata usaha dalam mengimbangi keperluan pasukan Harimau Malaya dengan pemeliharaan dan pertumbuhan rumput Zeon Zoysia merupakan tugas yang tidak boleh diambil mudah.
Jumaat lalu, kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil dipersoal banyak pihak susulan beberapa kawasan yang 'terkopak' sewaktu perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India.
Bagaimanapun, PSM pantas memberi jaminan masalah itu akan dapat diatasi dan beberapa tompokan di padang bakal pulih sepenuhnya menjelang aksi Harimau Malaya pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 yang dijadual bermula bulan depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perbadanan Stadium Malaysia
#padang bertaraf dunia
#harimau Malaya
#Hannah Yeoh
#Kementerian Belia dan Sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan