awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSM Perlu teliti jadual Liga-M, sebelum benar Selangor beraksi di Bukit Jalil

Bernama
Bernama
22/12/2017
12:44 MYT
PSM Perlu teliti jadual Liga-M, sebelum benar Selangor beraksi di Bukit Jalil
Walaupun memberi lampu hijau kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menggunakan Stadium Nasional Bukit Jallil, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) perlu mendapatkan jadual penuh Liga-M 2018 terlebih dahulu. - Foto AstroAWANI
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) perlu mendapatkan jadual penuh Liga Malaysia (Liga-M) 2018 sebelum membenarkan pasukan Selangor menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi mereka pada musim depan.
PSM dalam satu kenyataan memaklumkan walaupun memberi lampu hijau kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menggunakan venue berkenaan, mereka perlu mendapatkan jadual penuh Liga-M 2018 terlebih dahulu bagi memastikan penggunaannya tidak bertindih dengan penganjur lain yang membuat tempahan awal dengan perbadanan itu.
Baru-baru ini, Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan PSM memberi lampu hijau kepada skuad Gergasi Merah untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi mereka pada musim depan, namun masih menunggu kelulusan rasmi daripada pentadbir Liga Malaysia, Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP).
Musim ini, Selangor menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada saingan Liga-M kerana kerajaan Selangor dikatakan tidak membenarkan skuad Gergasi Merah menggunakan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi pasukan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Jalil
#FAS
#FMLLP
#Liga-M 2018
#Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor
#Subahan Kamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan