BIRMINGHAM: Pujian harus diberikan kepada skuad angkat berat negara yang menamatkan cabaran di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini, dengan meraih dua pingat emas dan satu perak.
Kejayaan tersebut dianggap cemerlang sekali gus melepasi pencapaian pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia apabila badang negara membawa pulang dua emas dan satu gangsa.
Dalam saingan di Pusat Pameran Nasional (NEC) Birmingham di sini, skuad bimbingan Yon Haryono itu meraih emas menerusi Mohamad Aniq Kasdan bagi kategori 55 kilogram (kg) dan Muhamad Aznil Bidin (61kg) manakala Muhammad Erry Hidayat menyumbang perak dalam kategori 73kg.
Pada edisi di Gold Coast empat tahun lepas, pasukan negara berjaya meraih dua emas menerusi Muhamad Aznil dan Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad (56kg) manakala Muhamad Fazrul Azrie Mohdad (85kg) menyumbangkan gangsa.
Namun, bagi pengurus pasukan negara Amirul Hamizan Ibrahim, pelbagai usaha perlu dilakukan andai mahu melihat skuad angkat berat negara menghadiahkan lebih banyak kejuaraan kepada Malaysia pada mana-mana kejohanan atau temasya sukan akan datang.
"Memang kita berpuas hati kerana melepasi sasaran...sebelum datang ke sini, sasaran kita satu emas, satu perak dan satu gangsa. Namun (di sini), ada pencapaian membanggakan, ada mengecewakan. Tidak seratus peratus berpuas hati," katanya mengulas pencapaian skuad angkat berat pada temasya kali ini.
Justeru, beliau berharap Majlis Sukan Negara (MSN) dapat mempertimbangkan rayuan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) bagi memasukkan semula sukan angkat berat ke dalam program sukan teras atau latihan berprestasi tinggi.
Beliau berkata pendekatan itu bagi membantu mencungkil dan mengembangkan bakat baharu yang menjadi pelapis kepada skuad sedia ada melalui pertandingan dan latihan di luar negara.
"Memang sebelum ini kita ada juga bertanding dan berlatih di luar negara. Tetapi jika angkat berat diserap dalam program sukan teras, maka banyak pendedahan dapat diberikan kepada atlet negara termasuk di luar negara dalam persediaan menghadapi kejohanan akan datang.
"Kalau kita mahu lebih banyak pingat (daripada angkat berat) pada Sukan Komanwel akan datang, kita kena bermula daripada sekarang," kata bekas jaguh angkat berat negara itu.
Sebagai rekod, angkat berat menjadi antara tiga sukan yang digugurkan daripada senarai sukan teras negara selain sepak takraw dan taekwondo pada 2017, susulan prestasi sukan angkat berat yang semakin merosot serta pelbagai masalah disiplin seperti kegagalan beberapa atletnya dalam ujian doping.
Mengulas lanjut, Amirul Hamizan berkata selepas temasya di Birmingham, sebahagian atlet negara akan bersaing di Sukan Malaysia (Sukma) Kuala Lumpur pada September serta Kejohanan Dunia di Colombia, Disember depan.
Skuad angkat berat negara akan berlepas pulang ke tanah air, esok (5 Ogos).
Pada temasya kali ini, skuad negara menghantar tujuh peserta termasuk dua wanita. Selain Muhamad Aznil, Mohamad Aniq dan Muhammad Erry, atlet lain adalah Mohamad Nasir Roslan (81kg), Muhammad Hafiz Shamsuddin (109kg), Elly Cascandra Engelbert (55kg) dan Marceeta Marylyne Marcus (59kg).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
Menurut Amirul Hamizan, pelbagai usaha perlu dilakukan andai mahu melihat skuad angkat berat negara menghadiahkan lebih banyak kejuaraan kepada Malaysia pada mana-mana kejohanan atau temasya sukan akan datang. - Bernama
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Negeri Victoria di Australia akan membayar AS$243 juta selepas ia memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Kos terlebih: Victoria, Australia tarik diri jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Negeri Victoria di Australia menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 berikutan kos acara itu melebihi anggaran kira-kira AUD$5 bilion.
Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong
Bekas Pengarah Kejurulatihan Pemain Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann teruja untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Hong Kong, minggu hadapan.
Pearly-Thinaah makin berbisa - Khe Wei
Gandingan beregu wanita negara semakin berbisa apabila mampu menempuhi rali panjang untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan, dalam beberapa siri kejohanan BWF.
Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah tarik diri
Pasangan beregu wanita badminton nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023 yang dijadualkan bermula esok sehingga 18 Jun di Jakarta.
Pearly-Thinaah yakin prestasi baik di Terbuka Singapura
Thinaah berkata, mereka tidak lagi memikirkan tentang apa yang berlaku di Kejohanan Masters Malaysia minggu lepas.