awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Queens Park Rangers umum pembinaan stadium baru

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2013
12:37 MYT
Queens Park Rangers umum pembinaan stadium baru
Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR) hari ini mengumumkan rancangan pembinaan stadium baru dengan 40, 000 tempat duduk sebagai salah satu projek penjanaan semula kawasan Old Oak, Barat London.
Pengerusi kelab QPR, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan bahawa QPR akan meninggalkan Loftus Road.
"Loftus Road akan sentiasa diingati sebagai tempat istimewa, tetapi kita perlukan lebih daripada 18,000 kapasiti" kata Fernandes dalam satu kenyataan hari ini.
QPR kini mengejar untuk naik kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas diturunkan musim lalu.
Sebelum ini QPR telah bermain di Loftus Road sejak tahun 1917 yang hanya mempunyai kapasiti kepada 18,000 orang.
Stadium bola sepak tersebut merupakan salah satu pembangunan yang disebut sebagai pemangkin kepada pembangunan komersial yang akan meliputi beberapa ratus ekar.
“Kawasan ini lebih besar daripada Canary Wharf yang bakal menjana 50,000 pekerjaan dan 24,000 rumah baru.
"Di sini juga bakal jadi destinasi baru London, bakal meningkatkan peluang perniagaan tempatan, dan pelancongan” ujar beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Queens Park Rangers (QPR)
#Tan Sri Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan