awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
BN tidak ambil mudah saingan PRK Kinabatangan, Lamag - Ahmad Maslan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ragbi Piala Dunia: Scotland belasah Samoa 34-0

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
30/09/2019
20:42 MYT
Ragbi Piala Dunia: Scotland belasah Samoa 34-0
Samoa terpaksa berputih mata apabila gagal mengutip sebarang mata dan perlawanan berakhir dengan keputusan penuh 34-0. -Foto AP
SCOTLAND berjaya menebus kekecewaan terhadap Ireland apabila menundukkan Samoa 34-0 pada perlawanan kedua Pool A Ragbi Piala Dunia di stadium Kobe Misaki, Jepun, pada Isnin.
Pasukan ranking kesembilan dunia itu berjaya meraih tiga mata seawal minit kelapan apabila dihadiahkan penalti yang disempurnakan pemain berusia 33 tahun, Greig Laidlaw.
Scotland tidak menunggu lama apabila terus menghukum Samoa melalui satu try pada minit ke-29, sebelum menambah dua lagi mata menerusi conversion yang dilakukan Laidlaw pada minit ke-30.
Hanya tiga minit berselang, Laidlaw sekali lagi menjarakkan kedudukan menerusi satu try, sebelum menyumbang dua lagi mata menerusi satu conversion pada minit ke-35.
Stuart Hogg pula menyempurnakan drop gol pada minit ke-37, sekali gus meletakkan kedudukan 20-0 sebaik wisel separuh masa pertama ditiup.
Bermula babak masa kedua, Samoa seolah hilang arah apabila percubaan demi percubaan yang dilakukan pemain mereka tidak membuahkan hasil.
Scotland mengutip mata ke-27 menerusi tendangan penalti yang dihadiahkan oleh Samoa pada minit ke-56.
Samoa terpaksa berputih mata apabila gagal mengutip sebarang mata dan perlawanan berakhir dengan keputusan penuh 34-0.
Scotland dijadual bertemu Rusia pada 9 Oktober ini.
Topic Berkaitan
#hilang
#Piala Dunia
#Ragbi Piala Dunia
#Rugbi World Cup
#Rusia
#RWC 2019
#Scotland
#Scotland vs Samoa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan