awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ragbi: Skuad Bunga Raya 15's dibelasah Korea Selatan 5-55

Bernama
Bernama
02/06/2024
10:30 MYT
Ragbi: Skuad Bunga Raya 15's dibelasah Korea Selatan 5-55
Skuad bimbingan Mohd Farid Syazwan Abu Bakar terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Korea Selatan yang menguasai perlawanan. - Foto FB Malaysia Rugby
KUALA LUMPUR: Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara memulakan kempen Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 dengan langkah kiri apabila tewas 5-55 kepada Korea Selatan pada saingan perlawanan Divisyen Premier di Incheon hari ini.
Skuad bimbingan Mohd Farid Syazwan Abu Bakar terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Korea Selatan yang menguasai perlawanan dengan skuad negara hanya mampu mengutip lima mata menerusi ''try'' dilakukan Mohad Shobrey Amok pada minit ke-48.
Skuad Korea Selatan, yang berada di ranking ke-30 dunia, memperoleh 55 mata selepas sembilan 'try' yang disempurnakan Hwang Jeongwook, Lee Jinkyu, Kim Chan Ju, Lee Hyeonje, Jeong Yeonsik dan Lee Yongun, selain lima 'conversion' oleh Ko Seungjae.
Pada edisi lepas, skuad Bunga Raya 15s dibelasah 3-27 oleh Korea Selatan dan 9-88 oleh juara bertahan Hong Kong.
Tugas berat menanti Malaysia dalam perlawanan seterusnya apabila dijadual melayan kunjungan Hong Kong di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 8 Jun.
Skuad kebangsaan kemudian akan menutup kempen ARC 2024 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 21 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad ragbi Bunga Raya
#Kejohanan Ragbi Asia
#ARC 2024
#kalah kepada Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan