Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K.Rajagobal mahu anak didiknya melupakan kemaraan ke separuh akhir Piala AFF 2012, sebaliknya menuntut mereka memberi fokus sepenuhnya dalam aksi
menentang Thailand di separuh akhir nanti.
Skuad Harimau Malaya yang muncul naib juara Kumpulan B dijadual bertemu Thailand selaku juara Kumpulan A pada saingan separuh akhir, 9 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum aksi timbal balik pada 13 Dis di Stadium Rajamangala, Bangkok.
Satu lagi separuh akhir bakal menemukan Singapura menentang Filipina yang akan berlangsung pada 8 dan 12 Dis.
Rajagobal berkata skuad Gajah Putih itu merupakan pasukan hebat memandangkan mereka menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam dua edisi Piala AFF lepas.
"Thailand sememangnya satu pasukan yang kuat dan pada tahun ini, mereka muncul juara kumpulan A, jadi kita perlu meningkatkan lagi prestasi," katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Indonesia yang menyaksikan anak buahnya mencatatkan kemenangan 2-0.
Mengulas mengenai perlawanan menentang Indonesia malam ini, Rajagobal memuji beberapa pemain dalam skuad kebangsaan seperti Wan Zack Haikal Wan Nor dan Azamuddin Mohd Akil yang menampilkan persembahan terbaik.
"Pada separuh masa kedua, saya mengarahkan kedua-dua pemain bertukar posisi (dengan Wan Zack menyerang di sayap kanan manakala Azamuddin di sayap kiri) dan kita boleh nampak bahawa kedua-dua pemain ini menunjukkan satu permainan menyerang.
"Saya harap yang penting (kepada kesemua pemain kebangsaan) dapat mengekalkan konsistensi seperti Wan Zack yang kali pertama beraksi pada Piala AFF Suzuki," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Indonesia, Nil Maizar menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka dan menyifatkan skuad Harimau Malaya lebih berhak mara ke saingan separuh akhir.
"Saya tidak ingin menyalahkan pemain kerana mereka telah mencuba bermati-matian...mungkin rezeki tidak menyebelahi kita pada kejohanan kali ini," katanya yang baru sahaja membimbing skuad Garuda mulai awal tahun ini.
Beliau berkata pemain Indonesia perlu memandang ke hadapan bagi mempersiapkan diri menghadapi Piala AFF 2014.
Bernama
Sun Dec 02 2012
HEBAT: Pemain negara Ahmad Fakri Saarani membuat aksi menarik ketika menentang Indonesia dalam perlawanan kumpulan B Piala AFF malam tadi.
AWANI Borneo [16/05/2024] - Ekonomi hijau | Naik 900 peratus | Kebajikan penjawat awam
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan.
#AWANIBorneo 16 Mei 2024
Ekonomi Hijau: Abang Jo sedia kongsi pengalaman Sarawak di Bangkok.
Elaun kehadiran ADUN Sarawak naik 900 peratus.
Isu gaji antara topik perbincangan Hajiji dan Presiden Cuepacs.
#AWANInews
#AWANIBorneo 16 Mei 2024
Ekonomi Hijau: Abang Jo sedia kongsi pengalaman Sarawak di Bangkok.
Elaun kehadiran ADUN Sarawak naik 900 peratus.
Isu gaji antara topik perbincangan Hajiji dan Presiden Cuepacs.
#AWANInews
Cabaran sediakan 10 tan rempah untuk hasilkan empat menu demi penuhi cita rasa 31,600 jemaah
Sebanyak 10 tan rempah-ratus pracampur dihantar ke Mekah menggunakan jalan laut bagi kegunaan pasukan penyedia makanan untuk jemaah haji Malaysia.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menempah slot suku akhir Terbuka Thailand 2024.
Siapkan segera trek BMX Bukit Siol - Abdul Karim
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta kontraktor bagi projek trek BMX Bukit SIol untuk segera menyiaokannya bagi memudahkan atlet Sarawak berlatih bagi menghadapi SUKMA 2024.
KPM sambut baik Sarawak rangka ujian ganti UPSR
KPM sambut baik hasrat kerajaan negeri Sarawak yang bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid Tahun Enam di semua sekolah di negeri itu.
Kastam Sarawak rampas rokok, minuman keras RM2.41 juta di Bintulu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas minuman keras yang disyaki tidak berkastam dianggarkan bernilai RM2,414,784.30 termasuk duti dan cukai di Bintulu pada Jumaat lalu.
Jangan percaya orang tak dikenali - Flovia Ng
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah memberi peringatan kepada remaja khususnya kanak-kanak bawah umur agar tidak percaya kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. Ia susulan tiga remaja di Ranau, bertindak tidak balik ke rumah kerana mahu ke Sandakan untuk mencari kerja bagi membeli telefon pintar.
Sektor Pontianak-Kuching perlu dihidupkan kembali
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Penumpang keluar masuk di LTAK melebihi kapasiti
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik hasrat Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu didirikan di wilayah itu
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
Jumlah korban banjir lahar dingin di Indonesia meningkat
Sebanyak 52 orang ditemukan terkorban dan 17 lagi dilaporkan hilang selepas banjir lahar dingin merosakkan rumah, bangunan dan kemudahan awam di wilayah Sumatera Barat, Indonesia.
Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer
Gunung berapi Ibu diklasifikasikan sebagai tahap bahaya ketiga, di bawah tahap tertinggi IV.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
Tentera Udara Malaysia, Indonesia akan laksanakan rondaan udara bersama
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) merancang untuk mengadakan rondaan udara bersama selama tiga hari dari 20 hingga 22 Mei ini.
Indonesia: Wanita temui ajal selepas cabut gigi geraham
Seorang wanita yang mencabut sebatang gigi gerahamnya atas nasihat doktor di Ngawi, Jawa Timur telah meninggal dunia baru-baru ini.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi dan BPOM melakukan pemantauan bagi membuat rumusan.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.