Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal berkata beliau sentiasa berpandangan positif mengenai kritikan yang diterimanya sepanjang mengendalikan skuad berkenaan sejak 2009.
Jurulatih berusia 57 tahun itu yang bakal menamatkan tugas rasminya pada 31 Dis ini berkata, kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terutamanya mengenai taktikal beliau di atas padang merupakan satu cara untuk beliau memantapkan pasukan bola sepak negara.
"Sebagai peminat, mereka boleh mengkritik tetapi bagi saya bukan mudah untuk mengendalikan skuad kebangsaan namun saya mengambil positif mengenai segala pandangan mereka.
"Saya akui tidak semua pemain di bawah saya dapat mengekalkan konsistensi masing-masing sepanjang masa," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya di sini pada Isnin.
Jawatankuasa Eksekutif FAM yang bermesyuarat pada 24 Nov lepas memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Rajagobal yang berakhir pada 31 Dis ini dan tugasnya diambil alih oleh pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee yang merupakan jurulatih Harimau Muda A (bawah 23 tahun).
Rajagobal berkata beliau masih berkeyakinan bahawa skuad Harimau Malaya mampu melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia walaupun skuad berkenaan menduduki tangga ketiga pusingan kelayakan kumpulan D ketika ini.
"Setiap kali kita beraksi di tempat sendiri atau tempat lawan, saya sentiasa meletakkan keyakinan yang tinggi kepada para pemain untuk mencatatkan kemenangan positif," katanya.
Pada masa yang sama, Rajagobal berharap Kim Swee yang bakal menggantikan tempatnya mampu melonjakkan prestasi skuad Harimau Malaya.
"Terpulang kepada beliau untuk merangka hala tuju pasukan kebangsaan selepas ini dan saya harapkan beliau dapat memberikan yang terbaik kepada pasukan negara," katanya.
Menyentuh mengenai masa depannya, Rajagobal berkata beliau ingin berehat bersama keluarga sebelum memulakan langkah baharu dalam kerjaya bola sepaknya.
"Setakat ini, saya belum menerima tawaran rasmi daripada mana-mana pasukan (dalam atau luar negara). Sudah tentunya, saya tidak boleh katakan tidak sekiranya saya menerima sebarang tawaran selepas ini," katanya yang menyatakan kesediaan untuk kembali membimbing skuad Harimau Malaya pada masa depan.
Bernama
Mon Dec 02 2013
Jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal ketika sidang media khas mengenai masa depan kerjayanya. fotoBERNAMA
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Tiga pegawai polis ditahan
Tiga pegawai kanan polis berpangkat ACP, DSP dan Inspektor yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini pada Jumaat.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga - Anwar
Penerimaan kepada pandangan yang berbeza merupakan amalan yang sihat dalam memberikan orang ramai kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.