Skip to main content

Malaysia

Hujan lebat, angin kencang di Sabah hingga 4 petang

41709874678_hujanlebat.jpg
- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda banyak kawasan di Sabah hingga 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 11.40 pagi ini memaklumkan kawasan yang diramal terlibat ialah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Advertisement

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

-- BERNAMA

Must Watch Video