awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ranking FIFA: Kedudukan Harimau Malaya dan Garuda tidak terpisah jauh

Astro Arena
Astro Arena
16/10/2024
08:50 MYT
Ranking FIFA: Kedudukan Harimau Malaya dan Garuda tidak terpisah jauh
Malaysia dan Indonesia masing-masing turun satu anak tangga dari kedudukan sebelumnya dalam ranking semasa FIFA. - Stadium Astro
MALAYSIA dan Indonesia terpaksa menelan hakikat apabila masing-masing turun satu anak tangga dari kedudukan sebelumnya dalam ranking semasa FIFA.
Malaysia yang terlebih dahulu kecewa apabila tewas 0-4 di tangan New Zealand pada Isnin, menyaksikan pemotongan mata ranking sebanyak -3.72 mata.
Ini menyebabkan Harimau Malaya terpaksa berpuas hati dengan kedudukan 133 dunia berbanding 132 pada sebelumnya.
Manakala bagi pasukan negara jiran Indonesia, kekalahan ke atas China 1-2 menyaksikan mereka turun mendapat pemotongan mata ranking besar sebanyak -9.69 mata, meskipun mendapat tambahan mata sebanyak +4.39 mata selepas seri bertemu Bahrain.
Hal ini menyaksikan mereka turut terkeluar daripada kelompok 120 dunia, apabila kini menduduki kedudukan ranking ke 130 dunia dalam kemas kini terbaharu.
Bagi pasukan gergasi Asia Tenggara yang lain, Vietnam turut jatuh 2 anak tangga kini berada di kedudukan 118 dunia setelah diikat India 1-1, manakala Thailand cemerlang melonjak 4 anak tangga untuk berada di kedudukan 96 dunia setelah menang ke atas Filipina 3-1 dan Syria 2-1. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Indonesia
#harimau Malaya
#ranking FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan