awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dilema dihadapi 'whistleblower' punca gejala rasuah terus berakar umbi - Pakar
Pendigitalan gagal jika syarikat tidak ubah cara kerja
Sistem kehakiman syariah mesra rakyat keutamaan Sarawak - Abang Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Real Madrid kelab impian semua pemain bola sepak - Pogba

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
21/03/2019
10:09 MYT
Real Madrid kelab impian semua pemain bola sepak - Pogba
Pogba tersenyum apabila ditanya mengenai Real Madrid - Foto REUTERS
PAUL Pogba memberitahu, dia gembira di Manchester United namun mengakui seperti pemain lain, Real Madrid merupakan destinasi impian setiap pemain bola sepak.
“Buat masa ini saya gembira di Manchester. Saya bermain. Ada jurulatih baharu,” kata Pogba dalam satu sidang media bersama pasukan Perancis pada Khamis.
Pemain tengah United itu turut memuji pengurus sementara kelab itu, Ole Gunnar Solskjaer selain menyatakan dia mempunyai hubungan yang baik dengan bekas penyerang the Red Devils itu.
“Real Madrid adalah salah satu kelab terbesar di dunia. Saya selalu berkata ia merupakan kelab idaman setiap pemain,” kata Pogba.
Pogba turut menambah, Solskjaer berhak untuk menjadi pengurus tetap di Old Trafford kerana mengetahui selok belok kelab itu.
“Dia seorang pengurus yang ceria dan mengembalikan keyakinan semula kepada pemain. Ini memberi kami kebebasan untuk bermain dan seronok untuk bermain bola, satu yang perkara yang hilang sebelum ini,” kata Pogba.
Semasa Jose Mourinho menjadi pengurus United, kelab itu menduduki tangga keenam liga dengan 11 mata di belakang tempat keempat.
Solskjaer berjaya memulihkan keyakinan pemain yang menyaksikan pasukan itu kini berada di tangga kelima, hanya satu mata di belakang tempat keempat dan tiga mata di belakang Tottenham Hotspur di tempat ketiga.
Pogba kini bersama skuad Perancis bagi mengharungi kelayakan Euro 2020 menentang Moldova pada Jumaat dan Iceland, pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Euro 2020
#Jose Mourinho
#Manchester United
#Old Trafford
#Paul Pogba
#Real Madrid
#Solskjaer
#Tottenham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan