awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand hadir perbicaraan dalam talian atas pertuduhan dua lagi kesalahan seksual
Murid 6 tahun perlu jalani ujian diagnostik sebelum diterima masuk tahun satu
Kemasukan murid 6 tahun: KPM jamin kapasiti sekolah, guru mencukupi - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Real Madrid mara ke separuh akhir Copa del Rey

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2013
06:55 MYT
Real Madrid mara ke separuh akhir Copa del Rey
Real Madrid mara ke separuh akhir, apabila meraih keputusan seri 1-1 sama dengan Valencia pada aksi timbal balik, suku akhir Copa del Rey.
Keputusan seri itu cukup untuk memastikan kemaraan Real dengan agregat 3-1.
Skuad bimbingan Jose Mourinho bertandang ke Mestalla, tanpa sebarang tekanan selepas meraih kemenangan 2-0, pada aksi pertama di Santiago Bernabeu.
Namun, Real berdepan sedikit tekanan seawal minit ke-14, apabila penjaga gol Iker Casillas mengalami kecederaan selepas rakan sepasukan, Alvaro Arbeloa terpijak tangannya.
Casillas terpaksa digantikan penjaga gol simpanan, Antonio Adan.
Ketiadaan Casilas bagaimana pun, tidak menjejaskan rentak Real untuk mendahului menerusi Karim Benzema, ketika babak pertama berbaki seminit.
Masuk babak kedua, Real terpaksa bermain dengan sepuluh pemain, apabila Fabio Coentro dilayangkan kad kuning kedua, selepas menampan bola dengan tangan.
Seminit kemudian, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Tino Costa tetapi ia tidak cukup untuk mengalahkan Real.
Topic Berkaitan
#Copa del Rey
#Jose Mourinho
#Real Madrid
#Valencia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan