awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Red Warriors perkenal bekas graduan akademi Man United, siap sedia hadapi Liga A1

Bernama
Bernama
19/07/2025
21:30 MYT
Red Warriors perkenal bekas graduan akademi Man United, siap sedia hadapi Liga A1
Persiapan Kelantan Red Warriors sudah mencapai tahap 90 peratus dan pasukan itu mampu memberikan saingan kompetitif musim ini.
KOTA BHARU: Kelantan Red Warriors (KRW) memperkenalkan tiga pemain import baharu termasuk bekas graduan akademi Manchester United, Otis Khan, sebagai persiapan menghadapi saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025/2026 yang dijadual bermula awal Ogos ini.
Otis, 29, yang turut mewakili skuad kebangsaan Pakistan, diperkenalkan bersama dua lagi pemain import iaitu Emmanuel Mbarga dari Cameroon dan Kayden Soper dari Australia.
Presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan berkata, persiapan pasukan kini sudah mencapai tahap 90 peratus dan beliau optimistik skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu mampu memberikan saingan kompetitif musim ini.
"Kita menampilkan gabungan pemain import berkualiti, pemain berpengalaman serta barisan muda berbakat. Ini adalah ramuan penting bagi mengangkat semula nama Kelantan dalam kancah bola sepak negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi baharu KRWFC, di sini, pada Sabtu.
Pada majlis itu, KRW turut melancarkan jersi baharu tajaan Warrix, syarikat pengeluar pakaian sukan dari Thailand.
Rekaan jersi sebagai tuan rumah tampil dengan corak kotak-kotak (checkered) merah manakala jersi putih digunakan bagi perlawanan di tempat lawan.
Selain kehadiran pemain import, KRW turut diperkuat dengan pemain berpengalaman seperti penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan pemain tengah lincah, Faiz Nasir, selain barisan pemain muda meningkat naik.
Skuad Irfan Bakti dijadual membuka kempen Liga A1 menentang Selangor II pada 4 Ogos ini di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Red Warriors
#otis khan
#Liga A1
#graduan akademi
#Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan