Persatuan sukan kebangsaan (NSA) yang memerlukan fasiliti latihan khas bagi atlet mereka yang terlibat dengan Program 'Road to Tokyo' (RTT) diminta menghantar permohonan ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata atlet RTT yang memerlukan fasiliti spesifik seperti gelanggang badminton, kolam renang, bilik gimnasium dan pelayaran, dicadangkan berbuat demikian bergantung kepada keadaan.
"Saya mencadangkan untuk mengemukakan permohonan khas kepada mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas Hari Raya Aidilfitri nanti untuk cadangan latihan pusat sukan berprestasi tinggi RTT," katanya menerusi satu kenyataan.
Reezal pada pagi Isnin mengadakan perjumpaan maya bersama wakil NSA yang juga pemegang kepentingan program latihan elit RTT yang membincangkan proses kelayakan terkini ke Sukan Olimpik dan Paralimpik; perancangan program latihan dan juga program dijalankan oleh pihak persatuan termasuk program pembangunan di peringkat negeri.
Reezal turut menyampaikan perancangan garis panduan (SOP) yang diusahakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk sukan yang dibenarkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti golf, olahraga, dan berbasikal serta sukan yang masih tidak dibenarkan dalam PKPB tetapi boleh mengembangkan skop latihan di luar rumah, padang atau tempat terbuka.
"Saya ada pesan kepada NSA agar merancang bersama atlet, jurulatih dengan MSN dan ISN untuk mengambil peluang mengembangkan skop dan program latihan sedia ada dengan mematuhi larangan dan arahan semasa pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," jelasnya.
NSA yang menyertai persidangan video itu ialah badminton, renang (termasuk terjun), pelayaran, berbasikal, karate, gimnastik, golf, olahraga para, memanah, powerlifting dan boccia.
Sesi santai dan interaktif itu turut disertai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria; Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin; Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli; dan Chef-de-Mission Sukan Olimpik, Datuk Lee Chong Wei.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 04 2020
Reezal berkata atlet RTT yang memerlukan fasiliti spesifik dicadangkan berbuat demikian bergantung kepada keadaan. - Bernama
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki awal bulan ini.
Kerajaan Perpaduan umum calon minggu depan
Kerajaan Perpaduan dijangka mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu minggu depan.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
AWANI Ringkas: Calon kerajaan diumum minggu depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers
Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk.
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris
Jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan dan kuota yang tidak digunakan.
SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.
Muay Thai Perak giat jalani latihan intensif hadapi SUKMA 2024
Bernard berkata pasukannya tidak menghadapi sebarang masalah malah berada di landasan tepat dan berjalan seperti yang dirancang.
Perluas caruman KWSP, Perkeso kepada atlet bukan Program Podium - Atlet
Penembak veteran Nur Suryani menyifatkan cadangan itu sebagai adil memandangkan mereka juga memerah keringat mengharumkan nama negara.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
85 atlet Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza, Tebing Barat
Kehilangan itu memberi impak yang amat mendalam terhadap komuniti sukan.
Olimpik Paris: Altet Rusia, Belarus dibenar bertanding
Keputusan IOC itu mengesahkan langkah yang dimulakan setahun lalu untuk mengintergrasikan semula Rusia dan sekutu tenteranya Belarus.
CDM yakin lebih ramai atlet negara sahkan slot Olimpik Paris 2024
Keyakinan itu menyusul selepas kejayaan Bertrand Rhodict Lises muncul sebagai atlet Malaysia pertama mengesahkan slot ke Olimpik semalam.