awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rekaan logo Perak FC disenarai pendek untuk pilihan peminat

Bernama
Bernama
16/02/2021
02:30 MYT
Rekaan logo Perak FC disenarai pendek untuk pilihan peminat
Ketua Jurulatih pasukan Perak Mehmet Durakovic bersama anak buahnya melakukan latihan mengikut SOP di Stadium Mini Chemor, 15 Feb, 2021. --fotoBERNAMA
IPOH:Beberapa reka bentuk logo baharu Perak FC telah disenarai pendek bagi membolehkan peminat Perak FC memilih sendiri logo yang dirasakan sesuai untuk pasukan mereka, menerusi undian dalam talian yang bermula malam ini.
"Kita dapat sekitar 1,500 penyertaan, namun hanya enam atau tujuh sahaja yang dipilih untuk disenarai pendek dan undian ini juga kita buka selama 24 jam sahaja memandangkan banyak lagi proses perlu dilakukan selepas logo dipilih," kata Ahli Lembaga Pengarah Perak FC Khairul Shahril Mohamed.
Beliau berkata logo yang disenarai pendek oleh ahli panel ini dipilih berdasarkan keaslian reka bentuk dan yang bersesuaian.
"Mana-mana reka bentuk yang imej diambil dari Google kita tolak," katanya ketika ditemui selepas melawat sesi latihan pasukan Perak FC di Stadium Mini 1Malaysia di sini semalam.
Pada 9 Feb lepas, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilaporkan menitahkan agar pertandingan mencipta logo baharu Perak FC dibuat dan penyertaannya dibuka kepada seluruh rakyat jelata.
Baginda menitahkan perkara berkenaan berikutan logo yang dilancarkan Perak FC menerusi Instagram 'peraktbgmy' dengan mengetengahkan konsep 'a new chapter begins, but the history remains' pada 30 Jan lepas itu mendapat kritikan dan reaksi negatif daripada para penyokong The Bos Gaurus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Nazrin Shah
#logo
#Perak FC
#bola sepak
#Google
#Sultan Perak
#Instagram
#rakyat
#The Bos Gaurus
#pertandingan
#khairul shahril mohamed
#undian
#senarai pendek
#dalam talian
#keaslian reka bentuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan