Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mencatat keputusan mengejut apabila menjinakkan pilihan keempat Fu Haifeng-Zhang Nan dalam perlawanan terakhir Kumpulan B acara badminton Sukan Olimpik, pada Sabtu.
Pasangan negara terpaksa bangkit daripada kekalahan sebelum menjinakkan gandingan China itu 16-21, 21-15, 21-18 dalam aksi selama 62 minit, untuk menjuarai kumpulan tersebut, sekali gus menempah pertemuan dengan naib juara kumpulan di suku akhir, Isnin ini.
Undian suku akhir akan dilangsungkan pada Ahad.
Begitupun, nasib berbeza dialami beregu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei yang akan berdepan lawan sukar di suku akhir selepas hanya menjadi naib juara Kumpulan C, apabila tewas kepada pilihan ketiga Nitya Krishninda Maheswari-Greysia Polii dari Indonesia 19-21, 19-21.
Nitya-Greysia mengambil masa 55 minit untuk mengekalkan rekod bersih dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan bagi memastikan mereka menjuarainya.
Sebaliknya pasangan negara yang menduduki ranking ke-15 dunia, hanya menang dua perlawanan kumpulan selepas menundukkan Heather Olver-Lauren Smith dari Great Britain 21-17, 24-22 pada Khamis dan pasangan Hong Kong, Poon Lok Yan-Tse Ying Suet 21-15, 21-13 sehari selepas itu.
"Pasangan Indonesia itu adalah lawan yang sukar...kami terlalu gembira mendapat mata pantas dan pada masa sama melakukan banyak kesilapan," kata Woon.
Mengenai lawan pilihannya, Woon memilih pilihan kelima dari Korea Selatan, Jung Kyung Eun-Shin Seung Chan daripada beregu nombor satu dunia, Matsutomo Misaki-Takahashi Ayaka dari Jepun.
"Persembahan kami semakin baik dari sehari ke sehari dan saya harap ia akan mencapai kemuncaknya ketika mengharungi peringkat kalah mati," katanya.
Sementara itu, beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut tewas dalam perlawanan terakhir Kumpulan C di tangan bekas juara dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir yang hanya memerlukan 27 minit untuk menang 21-7, 21-8.
Perseorangan wanita wanita, Tee Jing Yi membuka kempen Kumpulan K dengan kemenangan 22-20, 21-15 ke atas Kristina Gavnholt dari Republik Czech.
Jing Yi yang berharap dapat melepasi saingan peringkat kumpulan dalam penampilan keduanya di Sukan Olimpik, hanya memerlukan 41 minit untuk menang dan akan menentang pemain Jepun, Akane Yamaguchi pada Ahad.
Tewas dua kali kepada pemain Jepun itu sebelum ini di Terbuka Indonesia 2015 dan Sukan Asia 2014, Jing Yi perlu menang jika mahu memastikan kemaraannya ke pusingan kedua.
Saya agak gemuruh dalam set pertama dan melakukan banyak kesilapan. Bagaimanapun, saya bermain lebih baik di set kedua dan memberi tumpuan kepada servis untuk mengutip mata.
"Selepas kemenangan ini, saya mahu fokus untuk menundukkan pemain Jepun itu kerana pernah tewas dua kali kepadanya," katanya.
Jika beliau dapat mengatasi pemain Jepun itu, Jing Yi berkemungkinan menentang pemain nombor empat dunia dari Thailand, Ratchanok Intanon di pusingan kedua pada Isnin.
Bernama
Sun Aug 14 2016
Pasangan negara terpaksa bangkit daripada kekalahan sebelum menjinakkan gandingan China itu 16-21, 21-15, 21-18 dalam aksi selama 62 minit. - Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.