Langkah kiri buat skuad memanah recurve lelaki negara apabila menduduki tangga terakhir daripada 12 pasukan dalam aksi menentukan ranking Sukan Olimpik di Sambodromo, 43km dari sini.
Trio Malaysia yang terdiri daripada Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Akmal Nor Hasrin hanya mampu mengumpulkan 1,945 mata.
Berikutan keputusan itu, skuad negara akan menentang Perancis di pusingan kalah mati pada Sabtu.
Korea Selatan menduduki ranking teratas dengan 2,057 mata dan pemanahnya, Kim Woo Jin mencatatkan rekod dunia 700 mata daripada 72 anak panah ketika pusingan ranking individu, sekali gus menjadi rekod dunia pertama dicatatkan di temasya Olimpik Rio.
Beliau memadamkan catatan lama 699 mata yang dicipta rakan senegara, Im Dong-Yun sewaktu Sukan Olimpik London 2012.
Amerika Syarikat menduduki ranking kedua dengan 2,024 mata diikuti Itali (2,007) dan Australia (2,005).
Empat pasukan teratas menerima bye di pusingan kalah mati dan akan terus mara ke suku akhir manakala pasukan ranking kelima hingga 12 pula terpaksa bersaing di pusingan kalah mati untuk merebut empat tiket terakhir ke suku akhir.
Dalam ranking individu membabitkan 64 pemain, Khairul menduduki tempat ke-22 dengan 665 mata daripada 72 anak panah dari jarak 70 meter.
Haziq pula berada di kedudukan ke-50 dengan 645 mata manakala Akmal menduduki tempat ke-55 selepas mencatat 635 mata.
Jurulatih negara, Lee Jae Hyung turut kecewa dengan persembahan anak buahnya pada Jumaat.
"Persembahan hari ini begitu teruk...saya tidak tahu apa yang berlaku," kata jurulatih berasal dari Korea itu yang menyasarkan kedudukan ranking yang lebih baik bagi mengintai peluang mara ke separuh akhir temasya ini.
Bagaimanapun, beliau berkata semuanya belum berakhir kerana masih mempunyai peluang untuk menundukkan Perancis.
Turut kecewa, chef-de-mission Tan Sri Mohamad Al Amin Abdul Majid, yang akhirnya terpaksa memberi ulasan selepas ketiga-tiga pemanah itu enggan diwawancara.
Mohamad Al Amin mengakui pemanah negara yang cemerlang sewaktu latihan dan pertandingan antarabangsa menjelang temasya Rio, menampilkan aksi yang mengecewakan pada hari pertama pertandingan.
Katanya trio negara mungkin tertekan dengan situasi serta kehebatan pasukan Korea sehingga menjejaskan tumpuan mereka.
"Saya percaya trio negara akan tampil dengan persembahan yang lebih baik esok," katanya.
Bernama
Fri Aug 05 2016
Pemanah Korea Selatan Kim Woo Jin mencatatkan rekod dunia 700 mata daripada 72 anak panah ketika pusingan ranking individu, sekali gus menjadi rekod dunia pertama dicatatkan di temasya Olimpik Rio. - Gambar fail
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
Rio 2016: Langkah kiri buat atlet memanah negara
Trio Malaysia yang terdiri daripada Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Akmal Nor Hasrin hanya mampu mengumpulkan 1,945 mata.