awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RNF MotoGP Racing Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi

Bernama
Bernama
24/03/2023
10:18 MYT
RNF MotoGP Racing Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi
Penajaan Hakim Danish dan Danial Syahmi itu merangkumi perbelanjaan perjalanan dan perkhidmatan hospitaliti di seluruh Eropah bagi musim ini. - Facebook/ @sepanginternationalcircuit
KUALA LUMPUR: Pasukan RNF MotoGP Racing Team akan menjadi penaja bagi pelumba muda ZK Racing, Muhammad Hakim Danish Ramli dan Danial Syahmi Ahmad Shahril yang akan membuat penampilan di Red Bull MotoGP Rookies Cup bermula 25 Mac hingga 10 Sept ini.
ZK Racing menerusi kenyataan memaklumkan penajaan menerusi prinsipal pasukan RNF MotoGP Racing Team Datuk Razlan Razali itu merangkumi perbelanjaan perjalanan dan perkhidmatan hospitaliti di seluruh Eropah bagi musim ini.
"Pusingan itu akan bermula hujung tahun ini, Razlan sentiasa berdedikasi daripada permulaan Program Road To MotoGP di Malaysia dan telah memberi sokongan kepada Hakim Danish dan Danial Syahmi sejak awal karier mereka," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Danial Syahmi, 21, berkata tajaan berkenaan membantu dalam perjalanan kariernya selain bersedia memberikan yang terbaik dalam perlumbaan musim ini.
"Saya akan memastikan diri saya kekal berdaya saing dalam kejuaraan ini," katanya.
Hakim Danish, 16, pula menjanjikan prestasi yang kompetitif bagi musim pertamanya dalam kejohanan berkenaan.
Red Bull MotoGP Rookies Cup ialah siri perlumbaan motosikal yang dipertandingkan bagi penunggang muda tidak berpengalaman dalam Grand Prix motosikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penajaan
#RNF MotoGP
#pelumba negara
#Muhammad Hakim Danish Ramli
#Danial Syahmi Ahmad Shahril
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan