awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rodri jelaskan sebab sertai Man City

Astro Arena
Astro Arena
05/07/2019
07:17 MYT
Rodri jelaskan sebab sertai Man City
Rodri dilaporkan bernilai 70 juta euro (RM326.4 juta) untuk dibawa ke City. - Foto Stadium Astro
RODRI meluahkan rasa cintanya kepada Manchester City dengan menganggap pasukan barunya itu telah mengubah landskap bola sepak di England untuk menjadi pasukan yang lebih menarik berbanding seteru lain.
City mengumumkan kedatangan Rodri menerusi rekod perpindahan tertinggi dengan kontrak lima tahun selepas menebus klausa pelepasan yang dilaporkan bernilai €70 juta (RM326.4 juta) daripada Atletico Madrid.
Sebelum ini, pemain itu turut dikaitkan dengan Manchester United dan juara Bundesliga, Bayern Munich, namun pemain kebangsaan Sepanyol itu berkata menyertai skuad kendalian Pep Guardiola itu merupakan keputusan yang mudah untuk dilakukan.
Ditanya mengapa dia menganggap City pasukan yang lebih menarik berbanding United, Rodri memberitahu wartawan:
"Saya bukan mencari pasukan atau kelab. Saya mencari cabaran yang hebat dan disebabkan itu saya berada di sini.
"Saya sukakan bandar ini, saya sukakan Manchester.
"Saya memilih kelab ini disebabkan cabaran kerana sepanjang dua tahun ini, mereka telah memenangi banyak perkara.
"Pasukan ini sentiasa berkembang setiap tahun.
"Bagi saya, tiada pilihan lain selepas mengetahui City berminat untuk mendapatkan saya.
"Ia amat jelas untuk saya memilih untuk berada di sini.
"Bagi saya, ia langkah yang bagus.
"Sudah pasti terdapat pasukan lain yang berminat. Saya berbangga dengan perkara itu.
"Saya sudah membuat keputusan yang tepat.
"Ia adalah tempat yang saya mahukan," katanya.
Topic Berkaitan
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City
#Pep Guardiola
#Rodri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan