CRISTIANO Ronaldo kekal popular mengatasi pesaingnya apabila meraih pendapatan tertinggi di Instagram untuk tahun ketiga berturut-turut.
Menurut senarai Individu Kaya Instagram 2023 yang dikeluarkan oleh Hopper HQ, Ronaldo memperoleh dolar AS$3.23 juta (RM14.7 juta) untuk setiap hantaran di laman Instagramnya.
Hopper HQ merupakan sistem penjadualan Instagram yang menganalisis data dalaman mengenai jumlah yang boleh dicaj oleh setiap pengguna untuk hantaran di Instagram dan YouTube.
Pesaing utamanya dalam senarai ialah Lionel Messi dari Argentina yang memperoleh hampir dolar AS$2.6 juta (RM11.8 juta) untuk setiap siaran Instagram.
Ia sekali gus meletakkan Ronaldo dan Messi, mendahului bukan sahaja atlet sukan lain, tetapi juga selebriti terkenal seperti penyanyi Selena Gomez, bintang realiti TV dan usahawan Kylie Jenner, dan pelakon Dwayne 'The Rock' Johnson.
Hanya dua atlet lain iaitu pemain kriket India, Virat Kohli dan pemain bola sepak Brazil, Neymar berjaya menduduki 20 kelompok teratas.
Pengasas bersama Hopper HQ, Mike Bandar melahirkan rasa terkejutnya dengan pendapatan tahunan yang ditawarkan platform tersebut yang meningkat setiap tahun.
"Ia masih mengejutkan saya bahawa wang tahunan yang dibuat di platform meningkat setiap tahun. Namun, apa yang lebih menarik perhatian saya ialah pemain yang konsisten di bahagian atas.
"Ronaldo dan Messi bukan sahaja menguasai padang, tetapi juga sfera digital kerana jelas sekali mereka menggambarkan kuasa penjenamaan peribadi dan pengaruhnya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 11 2023
Cristiano Ronaldo kekal popular mengatasi pesaingnya apabila meraih pendapatan tertinggi di Instagram untuk tahun ketiga berturut-turut.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
Juventus kaji semula keputusan diarah bayar Ronaldo RM50 juta
Mahkamah timbang tara arah Juventus bayar gaji tertunggak 9.8 juta euro kepada Ronaldo.
Ronaldo hampir tumbuk pengadil selepas terima kad merah
Ronaldo dilihat berang selepas diprovokasi pemain pertahanan Al-Hilal, Ali Al-Bulayhi, hingga menyebabkan dia menyiku dada pemain tersebut.
Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...
Ozil dan Torres membuktikan bahawa usia sememangnya sekadar angka sahaja kerana mereka juga boleh mengekalkan apa yang dilaksanakan sebelum ini.
Cristiano Ronaldo ledak hatrik lagi
Ronaldo jaringkan hatrik kedua dalam tempoh empat hari ketika Al-Nassr menumpaskan lawan Liga Pro Saudi, Abha 8-0.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Ronaldo mengamuk selepas tewas kepada Slovenia
Juara Euro 2016 itu tewas 0-2 kepada Slovenia pada Rabu, sekali gus menjadikan kekalahan pertama di bawah bimbingan Roberto Martinez.
Penalti Ronaldo cukup buat Al-Nassr kembali temui rentak kemenangan
Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.
ACL: Cristiano Ronaldo belum mampu sekat kekecewaan Al Nassr
Sesudah kalah dalam perlawanan pembukaan di Al Ain minggu lalu, kelab Liga Pro Saudi Ronaldo itu mengalami kekecewaan lagi awal pagi tadi.
Ronaldo digantung satu perlawanan kerana tunjuk isyarat lucah dalam perlawanan Liga Saudi
Ronaldo juga perlu membayar denda 10,000 riyal Saudi kepada Persekutuan Bola Sepak Saudi dan 20,000 riyal kepada Al-Shabab.