awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rozi Yanti stabil di unit rawatan rapi

Astro Arena
Astro Arena
06/09/2015
08:55 MYT
Rozi Yanti stabil di unit rawatan rapi
Laporan awal polis sebelum ini menyebut Nur Rozi Yanti terjatuh daripada basikalnya ketika membetulkan kedudukan kakinya yang kebas sebelum dilanggar van pengiring yang mengekorinya.
Pelumba pelapis berbasikal lebuh raya negara, Nur Rozi Yanti Mat Rodzi yang terlibat dalam kemalangan semalam kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan.
Jurulatih pasukan pelapis kebangsaan, Suod Hussain berkata pelumba yang berasal dari Perlis itu masih berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kajang.
"Saya dimaklumkan oleh ahli keluarganya bahawa beliau telah kembali sedar dan bercakap namun beliau dikomakan untuk sementara waktu bagi merehatkannya.
Doktor juga mengesahkan bahawa tiada berlaku pendarahan dalaman.
"Luka di bahagian mulutnya telah dijahit bagi menggelakkan jangkitan kuman," kata Suod Hussain. Pelumba berusia 17 tahun itu terlibat dalam kemalangan di KM19, Lebuhraya SILK Kajang pada pukul 9.45 pagi semalam ketika menjalani latihan bersama pelumba lain.
Laporan awal polis sebelum ini menyebut Nur Rozi Yanti terjatuh daripada basikalnya ketika membetulkan kedudukan kakinya yang kebas sebelum dilanggar van pengiring yang mengekorinya.
Topic Berkaitan
#Hospital Kajang
#Lebuhraya SILK Kajang
#Nur Rozi Yanti Mat Rodzi
#Suod Hussain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan