KUALA LUMPUR: Desas-desus bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Muhammad Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan kian bertiup kencang selepas pemilik kelab itu Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyentuh mengenai perkara berkenaan.
Tunku Ismail dalam satu pertemuan bersama Exco Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) semalam, bertitah pemain penyerang yang kini dipinjamkan kepada kelab Ratchaburi FC di Liga 1 Thailand untuk tempoh semusim dikhabarkan tidak 'selesa' bermain di bumi Gajah Putih itu.
"Saya ada berhubung dengan dia (Safawi) dan saya rasa dia tidak begitu selesa di sana (Ratchaburi). Kita tengok macam mana sebab perkara yang dia nak pergi secara pinjaman ini bukan saya yang hantar dia, dia yang nak pergi dan kami hanya beri kerjasama kepada beliau.
"Buat masa ini, belum ada kata putus lagi kalau dia nak balik ke tidak tetapi kita tahu dia kurang selesa di sana dan adalah ura-ura yang mengatakan kalau boleh dia nak balik ke sini," titah Tunku Ismail menerusi audio dikongsikan SAM kepada media hari ini.
Bagaimanapun, Tunku Ismail memaklumkan JDT belum berhubung secara rasmi dengan Safawi mengenai sama ada beliau mahu kembali atau tidak ke kancah Liga Malaysia (Liga-M).
SUKAN-BOLA SEPAK (JDT) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Kita tengok dahulu, saya pun tiada kata putus. Saya belum buat keputusan dan saya sendiri belum dapat hubungi dia secara terus," titah Tunku Ismail.
Safawi yang menyertai JDT dari Terengganu FC II pada Januari 2017, sebelum ini pernah dipinjamkan ke kelab di divisyen utama Portugal, Portimonense SC selama tiga bulan pada hujung 2021.
Beliau membuat keputusan untuk berkelana ke Thailand dengan menyertai Ratchaburi sejak Disember lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
Benarkah pemain yang dipinjamkan kepada kelab Ratchaburi FC di Liga 1 Thailand untuk tempoh semusim dikhabarkan tidak 'selesa' bermain di bumi Gajah Putih itu? - Gambar fail
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Wajah baharu TFC 'skuad idaman' Steinbruckner
Pengendali Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menyifatkan pasukan yang dibentuk bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini merupakan skuad idaman.
Safawi, Akhyar barakan Terengganu FC
Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC (TFC).
Steinbruckner sahkan Safawi Rasid akan ke Terengganu secara pinjaman
Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, mengesahkan pasukannya kini dalam fasa rundingan akhir untuk mendapatkan Safawi Rasid.
Safawi bantu kuatkan TFC musim depan - Steinbruckner
Pemain JDT, Safawi Rasid dijangka kembali beraksi bersama Terengganu FC untuk memperkuatkan pasukan itu musim depan.
FIFA 'terpukau' jaringan Safawi Rasid
FIFA jelas 'terpukau' dengan jaringan menarik Safawi Rasid ketika Malaysia berdepan Kepulauan Solomon dalam aksi persahabatan baru-baru ini.
Gol Pawi bukan biasa-biasa
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.
Media antarabangsa cadangkan gol Safawi ke Anugerah Puskas
Safawi juga mendapat perhatian dan maklum balas dalam kalangan netizen yang memberi komen terhadap bintang Harimau Selatan berkenaan.
Persib Bandung kunci mulut status Safawi
Pengarah PT Persib Bandung Bermartabat (PBB), Teddy Tjahjono masih berteka-teki apabila ditanya mengenai perkhabaran berkenaan.
Pemain JDT, Safawi Rasid bakal berkelana ke Thailand
Safawi Rasid dikhabarkan akan berkelana mengembangkan kerjaya ke Liga Thailand apabila bakal menyarung jersi Ratchaburi FC.
Piala Raja Thailand: Safawi Rasid dilantik kapten Harimau Malaya
Safawi akan bersama-sama Syafiq Ahmad dan Dion Cools bagi menghadapi edisi ke-48 Piala Raja Thailand 2022 di Chiang Mai bermula 22 September ini.