Safee akan diturunkan berdepan T-Team Sabtu ini. Itulah pengesahan pengendali Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad terhadap tahap kecergasan Safee Sali, untuk aksi getir Liga Super di laman sendiri.

Safee sebelum ini turut tersisih dariapda skuad kebangsaan, kerana kecederaan buku lali.

Selain safee, beberapa tonggak lain yang cedera sebelum ini, turut cergas dan sedia diturunkan skuad Darul Takzim.

Safee ketika ditemui, turut yakin mampu mengerah kudrat untuk pertemuan dengan skuad tersebut.

Sepanjang tempoh rehat Liga Super, kelab johor ini mengadakan empat perlawanan persahabatan dan menang tiga daripadanya.

Bagi Safee, ia cukup untuk membuktikan Harimau Selatan akan lebih ampuh dalam saingan Liga Super selepas ini.