awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Safee belum sedia untuk bersara

Astro Arena
Astro Arena
15/12/2020
00:52 MYT
Safee belum sedia untuk bersara
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur, Stanley Bernard, statistik yang dimiliki Safee (gambar) membuatkan dia turut tersenarai. - Gambar fail
KETIKA menantikan lamaran Kuala Lumpur, Safee Sali, belum bersedia untuk mengumumkan persaraan sekali pun tidak mendapat tempat dalam mana-mana pasukan musim depan.
Status Safee jadi tanda tanya selepas kontraknya bersama PJ City tidak dilanjutkan dan kini bekas penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu dikaitkan untuk menyertai Kuala Lumpur musim depan.
Begitupun, belum ada sebarang pengesahan mengenai kedudukannya bersama The City Boys ketika khidmatnya dikatakan turut diintai Sabah.
"Apa yang dengar memang dalam perancangan namun buat masa ini masih lagi menunggu keputusan mereka untuk melakukan perbincangan," kata Safee.
Perpindahan Safee ke Kuala Lumpur bakal menyaksikan skuad warga kota mempunyai lambakan pemain veteran.
Ini selepas mereka sudah memiliki Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin dan ini penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur, Stanley Bernard kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Kami sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa pemain namun statistik yang dimiliki Safee membuatkan dia turut tersenarai," katanya.
Topic Berkaitan
#safee sali
#Kuala Lumpur
#pemain
#bola sepak
#PJ City
#persaraan
#bersara
#penjaring terbanyak
#Sabah
#kontrak
#lambakan pemain veteran
#pemain veteran
#Stanley Bernard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan