Penyerang sensasi kebangsaan, Safee Sali berharap Nazmi Faiz Mansor bertambah matang selepas pulang awal daripada kembaranya di Portugal.

Meskipun gagal berkelana lebih lama bersama SC Biera Mar, Safee percaya pendedahan di kelab itu tetap membolehkan Nazmi meraih pengalaman berharga.

Pengendali Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad turut senada dengan Safee.

Bekas bintang FC Gronigen ini turut berasa, Nazmi dan keluarganya wajar berterus terang mengenai kepulangannya.

Selaku pemain Asia Tenggara pertama dan tunggal beraksi di saingan Eredivisie Belanda dan peringkat Eropah, Fandi berharap pemain-pemain tempatan membuat persediaan awal sebelum ke luar negara.

Selain aspek fizikal dan mental, seseorang pemain itu juga wajar menguasai bahasa serta memahami budaya negara yang dituju.