awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pengeluaran sekali gus boleh jejas keselamatan persaraan jangka panjang
MALAYSIA
KWSP gesa reformasi sistem persaraan, kesihatan hadapi penuaan negara
BISNES
Richworks Academy bakal anjur program 10X Bina Bisnes Berjaya di Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Safiq, Farizal ucap selamat tinggal kepada JDT

Bernama
Bernama
18/06/2025
07:15 MYT
Safiq, Farizal ucap selamat tinggal kepada JDT
Dua pemain legenda JDT, Safiq Rahim dan Farizal Marlias, mengucapkan selamat tinggal kepada kelab selepas menyumbang besar dalam kejayaan pasukan sejak 2013 dan 2015.
JOHOR BAHRU: Dua pemain legenda Johor Darul Ta'zim FC (JDT) Safiq Rahim dan Farizal Marlias mengucapkan selamat tinggal kepada kelab itu selepas beberapa tahun menyertai skuad Harimau Selatan.

Ringkasan AI
  • Dua pemain legenda JDT, Safiq Rahim dan Farizal Marlias, mengucapkan selamat tinggal kepada kelab selepas menyumbang besar dalam kejayaan pasukan sejak 2013 dan 2015.
  • Safiq mencatat 270 penampilan dengan 59 gol dan 68 bantuan gol, manakala Farizal mencatat 222 penampilan dengan 102 perlawanan tanpa bolos, masing-masing memenangi pelbagai kejuaraan termasuk Piala AFC 2015.
  • JDT turut melepaskan sembilan lagi pemain termasuk tujuh pemain import sebagai persiapan menghadapi musim Liga Malaysia 20252026.

Perpisahan kedua-dua pemain itu diumumkan menerusi hantaran dimuat naik di akaun Facebook rasmi JDT, yang mengiktiraf sumbangan, kepimpinan serta pencapaian mereka dalam membantu kelab itu menjadi kuasa besar bola sepak di Malaysia dan rantau ini.
Safiq, 37, menyertai JDT pada 2013 dan memainkan peranan penting dalam kejayaan kelab itu termasuk mengetuai pasukan merangkul kejuaraan berprestij Piala AFC 2015 iaitu kejayaan pertama kelab dari Asia Timur dalam sejarah kejohanan berkenaan.
Sepanjang 270 penampilan bersama JDT, pemain tengah itu menjaringkan 59 gol dan melakukan 68 bantuan gol serta menyumbang kepada pelbagai kejuaraan termasuk sembilan gelaran Liga Super, tujuh Piala Sumbangsih, empat Piala Malaysia, empat Piala FA dan satu Piala AFC.
Farizal, 38, yang menyarung jersi JDT sejak 2015 pula mengukuhkan reputasinya sebagai antara penjaga gol terbaik negara dengan mencatat 102 perlawanan tanpa bolos daripada 222 penampilan.
Sepanjang karier bersama JDT, Farizal memenangi 10 kejuaraan liga, sembilan Piala Sumbangsih, lima Piala Malaysia, empat Piala FA dan Piala AFC 2015.
Kedua-dua anak jati Johor itu dianggap sebagai legenda, bukan sahaja kerana kejayaan mereka di atas padang, tetapi juga kepimpinan serta pengaruh besar yang dibawa dalam kelab berkenaan.
Semalam, JDT turut mengesahkan pelepasan 11 pemain menjelang saingan Liga Malaysia musim 2025-2026 menerusi hantaran di media sosial.
Selain Farizal dan Safiq, JDT turut melepaskan penjaga gol Izham Tarmizi dan tujuh pemain import iaitu Jordi Amat, Jese Rodriguez, Murilo Henrique, Jonathan Viera, Alvaro Gonzalez, Roque Mesa dan Anselmo de Moraes, sebagai sebahagian daripada usaha menyegarkan semula pasukan menjelang musim baharu.
Pemain terakhir yang meninggalkan JDT ialah Ramadhan Saifullah, yang melengkapkan perpindahan secara tetap ke Kuching City FC, sekali gus menamatkan penglibatannya bersama Harimau Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Safiq Rahim
#Farizal Marlias
#Liga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami