awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saka pertahan gelaran pemain terbaik England

Sinar Harian
Sinar Harian
06/09/2023
03:30 MYT
Saka pertahan gelaran pemain terbaik England
Saka juga dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik Musim PFA selain tersenarai dalam Pasukan Liga Perdana Tahunan PFA. - Foto Twitter/Arsenal
PENYERANG Arsenal, Bukayo Saka dinobatkan sebagai Pemain Terbaik England untuk musim kedua berturut-turut.
Pemilihan pemain itu dibuat oleh peminat sekali gus mengatasi dua lagi pemain iaitu Jude Bellingham dan penyerang Harry Kane, yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.
Saka yang membuat penampilan sulungnya bersama skuad England pada Oktober 2020 menjaringkan tujuh gol dalam 10 perlawanan dalam tempoh 12 bulan terakhir untuk England termasuk tiga gol di Piala Dunia 2022.
Dia dinamakan pemain terbaik perlawanan semasa kemenangan 6-2 dalam perlawanan pembukaan menentang Iran di Piala Dunia Qatar serta dalam kemenangan ke atas Ukraine dan Macedonia Utara dalam kelayakan Euro 2024.
Saka, yang terkejut mendapat tahu berita itu di pusat latihan England, St George's Park, ketika menyambut hari jadinya ke-22, baru-baru ini dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik Musim PFA selain tersenarai dalam Pasukan Liga Perdana Tahunan PFA.
Pemain Terbaik Tahunan Wanita England bagi musim 2022-23 akan diumumkan dalam masa terdekat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bukayo Saka
#Pemain Terbaik England
#Arsenal
#piala dunia qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan