LIVERPOOL: Mohamed Salah mencipta rekod dengan melebarkan rekod jaringannya di Anfield dengan meledak dua gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Brentford.

Pemain Mesir itu mengumpul 12 gol musim ini dengan sembilan daripadanya di Anfield sekali gus membolehkan Liverpool meneruskan rekod sempurna mereka di kandang sendiri.

Sembilan daripada gol yang disumbangkan oleh Salah hasil umpanan Darwin Nunez dan pemain Uruguay itu membantu memecah kebuntuan pada minit ke-39 selepas jaringannya dibatalkan.

Dua kali Nunez menjaringkan gol tetapi dibatalkan kerana ofsaid.

Salah merupakan pemain pertama menjaringkan gol dalam enam perlawanan pertama liga Liverpool di laman sendiri.

Pemain itu kemudian menanduk masuk hantaran lintang Kostas Tsimikas untuk gol ke-12nya musim ini.

Diogo Jota meledak gol ketiga Liverpool ketika permainan berbaki 16 minit untuk kemenangan kesembilan dan gol ke-27 dalam sembilan perlawanan buat pasukannya di Anfield musim ini.

Pada perlawanan seterusnya, Liverpool akan berdepan City selepas dua minggu rehat daripada perlawanan antarabangsa. -  Agensi