awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah rekod jaringan ke-100 dalam EPL

Astro Arena
Astro Arena
13/09/2021
02:03 MYT
Salah rekod jaringan ke-100 dalam EPL
Salah amat berbisa sejak kepulangannya ke Liga Inggeris daripada AS Roma dengan merekodkan 98 gol buat The Reds. (Foto AP)
MOHAMED Salah menjadi pemain terbaru merekodkan 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Penyerang Liverpool itu mencapai jumlah gol berkenaan ketika menemui sasaran pada minit ke-20 perlawanan menentang Leeds United di Elland Road malam tadi. Penyudah jarak dekatnya selepas menerima lintangan rendah Trent Alexander-Arnold memberikan Liverpool gol pembukaan dalam kemenangan 3-0 itu. Salah menjadi pemain ke-30 mencecah jumlah 100 jaringan EPL sejak ia dijenamakan pada 1992.
Ilustrasi oleh Astro ARENA
Ilustrasi oleh Astro ARENA
Dia juga menjadi pemain pertama mencapai jumlah itu sejak Jamie Vardy melengkapkan jumlah sama ketika membantu Leicester City berdepan Crystal Palace pada Julai 2020. Pemain kebangsaan Mesir itu telah beraksi sebanyak 162 perlawanan EPL untuk mencapai jumlah jaringan tiga angka -- hanya Alan Shearer, Harry Kane, Sergio Aguero dan Thierry Henry dapat melakukannya dalam waktu yang lebih singkat. Salah menjadi pemain keempat merekodkan 100 gol EPL sewaktu bersama Liverpool selepas Robbie Fowler, Michael Owen dan Steven Gerrard. Dua gol pertamanya terhasil ketika mewakili Chelsea. Tonggak serangan pasukan Jurgen Klopp itu amat berbisa sejak kepulangannya ke Liga Inggeris daripada AS Roma dengan merekodkan 98 gol buat The Reds.
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#100 gol
#EPL
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan