KUALA LUMPUR: Kedah Darul Aman FC berjaya melupakan igauan buruk selepas dibelasah 1-4 oleh Selangor FC minggu lepas dengan menumpaskan Penang FC, 2-1, dalam aksi Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya, Georgetown, malam tadi.
Kejayaan diraih pasukan kendalian pengendali dari Singapura, Aidil Sharin Sahak dalam aksi "derby utara" itu menyaksikan Kedah memintas Sabah FC untuk berada di tangga kedua liga dengan 12 mata selepas lima perlawanan, di belakang pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT).
Biarpun Kedah menguasai perlawanan pada sepuluh minit pertama, namun Penang yang berjaya mengimbangi asakan naib juara Liga Super 2021 itu memperoleh gol pembukaan pada minit ke-16 menerusi penyerang dari Lubnan, Hilal El-Helwe, selepas mudah menolak masuk bola hantaran leret dari sebelah kiri oleh T Saravanan.
Penjaga gol Penang Khatul Anuar Md Jalil kemudian bertindak cemerlang menafikan jaringan penyamaan Kedah selepas menepis keluar tandukan penyerang kelahiran Cameroon, Ronald Ngah pada minit ke-28 dan kedudukan itu kekal sehingga waktu rehat.
Bersambung babak kedua, serangan bertali arus "Sang Kenari" ke kubu "Harimau Kumbang" membuahkan hasil apabila Ronald menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62 selepas beliau dijatuhkan tonggak pertahanan, Ariff Ar-Rasyid Ariffin.
Tiga minit kemudian, Ronald terus membuktikan kehebatannya dengan mencetak jaringan kedua melalui sepakan lencong dari sebelah kiri padang dan ianya sudah cukup bagi memastikan Kedah membawa pulang tiga mata penuh ke Alor Setar.
Sementara itu, Terengganu FC berjaya melakar kemenangan sulung liga musim ini dengan menumpaskan Sarawak United FC, 2-0, di Stadium Negeri, Kuching.
Penyerang import, Kpah Sherman mengejutkan tuan rumah seawal minit kelapan apabila bijak mengambil kesempatan terhadap kelalaian barisan pertahanan tuan rumah yang gagal menghidu pergerakannya sebelum tenang menyumbat masuk gol pendahuluan Terengganu.
Bagaimanapun, malang menimpa Kpah apabila menerima layangan kad merah susulan tindakannya yang mengasari tonggak pertahanan Sarawak United, Gonzalo Manuel Soto ketika cuba merebut bola dari udara pada minit ke-33.
Walaupun beraksi dengan kelebihan seorang pemain, skuad kendalian B Sathianathan ternyata gagal menembusi benteng Terengganu dan tuan rumah terus dirundung malang apabila pemain gantian, Muhammad Zuasyraf Zulkiefle, menyimpulkan kemenangan buat pasukan Pantai Timur menerusi gol kedua pada minit ketiga masa kecederaan separuh masa kedua.
Aksi tunggal Liga Premier membabitkan Johor Darul Ta'zim II dan Kuching City FC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pula memihak tuan rumah yang menang 3-1, sekali gus membantu mereka meneruskan permulaan baik musim ini.
Fernando Rodriguez Ortega meletakkan JDT II di depan menerusi jaringan pada minit ke-18 diikuti gol oleh Adam Nor Azlin (53') dan Moussa Sidibe (68') manakala Mohamad Aliff Hassan menjaringkan gol sagu hati pelawat menerusi sepakan percuma pada minit ke-60.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
Wanja Ronald Ngah (dua, kanan) cuba menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super menentang pasukan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, George Town, malam tadi. -Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Manzoor kagum kesungguhan pemain Penang FC
Kesungguhan itu merupakan perkara yang positif bagi pemain Penang FC.
JDT akhiri Liga Super dengan bergaya
JUARA Liga Super 2022, Johor Darul Tazim (JDT) menamatkan saingan Liga Super 2022 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Sabah FC, 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sebentar tadi.
Liga Super: Selangor FC, KL City sama liat
Sepakan voli Brendan Gan terbias di kaki Muhammad Irfan, sebelum bola menerjah jaring pelawat pada minit ke-36.
Sang Kenari melonjak ke tangga kedua selepas kecewakan Harimau Kumbang
Kedah memintas Sabah FC untuk berada di tangga kedua liga dengan 12 mata selepas lima perlawanan, di belakang pendahulu JDT.
Jersi baharu Harimau Kumbang diharap suntik semangat pemain - Ketua Menteri
Ketua Menteri harap pasukan Harimau Kumbang akan mencapai prestasi yang baik serta memenuhi harapan dan impian peminat-peminat.
Zhafri mahu KL City segera bangkit, fokus berdepan Selangor
Beliau menjangka skuad warga kota itu akan menempuh perlawanan yang sukar apabila melihat Selangor melakukan persiapan lebih rapi pada musim ini.
PJ City lanjutkan kontrak Kogileswaran
Pemain sayap berusia 23 tahun itu diumum kekal bersama Skuad Phoenix untuk tiga musim berturut-turut sejak menyertainya pada musim 2020.