ALOR SETAR:Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pada 25 September lalu.
Peletakan jawatan itu, kata beliau, berkuat kuasa 15 Oktober ini.
Menurut beliau, tempoh masa sehingga tarikh berkenaan akan digunakan beliau bagi berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap kemelut kewangan yang dihadapi persatuan berkenaan termasuk tunggakan gaji yang dianggarkan berjumlah RM14 juta.
Tambahnya, keputusan sama ada peletakan jawatannya diterima atau tidak akan dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif KFA.
Beliau juga akan tetap menghantar surat yang sama sekali lagi seandainya permohonan untuk berundur daripada KFA ditolak dalam mesyuarat berkenaan.
Dalam masa sama, Sanusi menafikan beliau merajuk selepas dikecam ekoran isu perubahan logo dan nama rasmi pasukan.
Sebaliknya, kata Sanusi, tindakan meletakkan jawatan dibuat bagi memberi peluang kepadanya untuk fokus terhadap isu-isu lain di negeri Kedah.
"Saya sudah hantar surat. Hasrat saya meletak jawatan sebagai Presiden KFA berkuatkuasa 15 Oktober kerana saya letak sasaran akhir untuk selesaikan semua hutang hutang KFA yang lama.
“Dulu saya sebut RM10.6 juta sebenarnya bila korek balik hampir mencecah RM14 juta dan saya telah cari penaja, saya cari rakan-rakan yang sudi untuk membantu KFA selesaikan masalah ini.
"Menjelang 15 Oktober saya sasar semua (masalah) ini dapat diselesaikan dan tugas (Presiden KFA) saya boleh serah kepada orang yang lebih layak"
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, pada Rabu.
BACA: "Darul Aman FC dipilih sebab tidak mahu jadi ayam goreng" - MB Kedah
Dalam perkembangan sama, Sanusi menjelaskan akan mempertimbangkan segala cadangan dan komen peminat skuad Hijau Kuning berkenaan isu logo dan nama pasukan.
KFA juga, kata beliau, akan menganjurkan pertandingan mencipta logo dalam waktu terdekat.
Khamis lalu, beliau memberi bayangan untuk mengundurkan diri dari memikul jawatan sebagai Presiden KFA.
Kata Sanusi, beliau bercadang untuk menyerahkan tugas dan urusan bola sepak kepada pihak yang lebih layak bertujuan bagi memajukan lagi sukan bola sepak khususnya di negeri Jelapang Padi itu.
Abd Hadi Che Awang
Wed Oct 07 2020

Sebelum berundur, Sanusi akan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap kemelut kewangan berjumlah RM14 juta yang dihadapi KFA. - Gambar fail

Penyanyi lagu Ratnaku, Roy positif COVID-19
Roy sudah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatan rawatan lanjut.

Agenda AWANI: COVID-19 | Setahun dilanda pandemik, di mana Malaysia sekarang?
Apa iktibar sepanjang setahun? Di mana kita sekarang? Diskusi Nazri Kahar bersama Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr. Khor Swee Kheng dalam Agenda AWANI jam 830 malam ini di saluran 501 dan astroawani.com.
![AWANI 7:45 [25/01/2021]: Perjuangan belum berakhir | Diteruskan dengan PKPB AWANI 7:45 [25/01/2021]: Perjuangan belum berakhir | Diteruskan dengan PKPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/33214307461611579577681/1887166_18649241611611580053390_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [25/01/2021]: Perjuangan belum berakhir | Diteruskan dengan PKPB
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Nailah Huda. Fokus #AWANI745: - KKM jangka pelaksanaan PKP hanya empat minggu sahaja. - Anwar Ibrahim dakwa kerajaan gagal kawal COVID-19. - Bersih 2.0 cadang dana politik tidak langsung dalam bentuk subsidi untuk kurangkan rasuah. #Darurat #HapusCOVID19 #PolitikMalaysia
![[INFOGRAFIK] Setahun COVID-19 di Malaysia [INFOGRAFIK] Setahun COVID-19 di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/38080471381611579577687/1887164_8967789641611579924818_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Setahun COVID-19 di Malaysia

AWANI Ringkas: Dana awam politik | 3 cadangan Bersih 2.0
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Jan 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Jan 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/9688730311611579577710/1887162_8967789641611579825747_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Jan 2021)

Jadikan dana awam pembiayaan politik sebagai undang-undang negara
Salah seorang panelis, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berpendapat, parti politik itu sendiri perlu mengambil inisiatif dalam meyakinkan pembayar cukai untuk tujuan berkenaan. Lazimnya, jelas beliau lagi, pembayar cukai perlu mengetahui sejauh mana ketelusan parti politik menguruskan wang, supaya ia tidak disalah guna bagi tujuan korup.

China perketat langkah disinfeksi, jamin keselamatan makanan import
China mengambil langkah memperketatkan proses disinfeksi produk makanan importnya bermula dari peringkat kastam sehingga ke rak pasar raya. Walaupun virus COVID-19 yang dikesan mungkin yang sudah tidak aktif dan tidak dapat menjangkiti individu, namun ia adalah sebagai langkah keselamatan tambahan.

Politik | Polisi awam berkaitan dana politik diperlukan
Satu polisi awam yang khusus berkaitan dana pembiayaan politik diperlukan untuk mengelakkan kebergantungan kepada dana asing. Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, dana asing merupakan satu bentuk ancaman kepada negara kerana berpotensi menjejaskan integriti.

Penduduk di komuniti lama Beijing nikmati naiktaraf infrastruktur
Penduduk bandar lama Beijing di Tianqiaowan yang dibina pada tahun 1995 kini menikmati hidup yang lebih baik dengan pelbagai naik taraf infrastruktur dilakukan. Ia selaras degan usaha untuk menjadikan ia sebagai pusat pentarbiran baharu Beijing.

Sanusi letak jawatan Presiden KFA berkuat kuasa 15 Oktober
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah pada 25 September lalu.