awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak mahu semarakkan sukan silat di peringkat global

Bernama
Bernama
27/02/2023
21:15 MYT
Sarawak mahu semarakkan sukan silat di peringkat global
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) merasmikan' International Silat Championship 2023' di Stadium Perpaduan di Petra Jaya. - Foto BERNAMA
KUCHING: Sarawak mahu membantu dalam menyemarakkan sukan silat ke peringkat global dan melahirkan atlet antarabangsa dalam acara sukan itu.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, oleh itu Sarawak akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan serta perguruan silat untuk mengangkat martabat seni silat ke satu tahap yang lebih tinggi.
"Saya bangga mengatakan bahawa silat bukan lagi sukan orang kampung. Kini sukan silat bukan sahaja berkembang di negara Asia Tenggara malah di peringkat antarabangsa termasuk Eropah dan Amerika Syarikat.
"Silat, sukan seni mempertahankan diri sama seperti taekwando dan wushu. Marilah kita bersama-sama menumpukan perhatian kepada sukan yang bukan sahaja baik kepada ketahanan badan malah untuk memperkasakan budaya serta warisan seni kita," katanya pada majlis perasmian Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 di Stadium Perpaduan di sini, malam tadi.
Turut hadir Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Timbalan Presiden Rumpun Silat Sarawak (RSS), Datuk Mohamad Yusnar Matalie dan Presiden Persekutuan Pencak Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnian Omardin.
Buat julung kalinya, penganjuran sukan silat ini menghimpunkan seramai 500 pesilat dari 21 kontinjen termasuk dari Amerika Syarikat, Belanda, Filipina, Indonesia dan Kyrgystan.
Peserta akan berentap bagi merebut ganjaran US$20,000 serta tali pinggang Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukan silat
#Sarawak
#silat ke peringkat global
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan