awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sathianathan nasihat Kim Swee ambil cuti

Bernama
Bernama
28/11/2016
00:46 MYT
Sathianathan nasihat Kim Swee ambil cuti
SATHIANATHAN: Jadi perkara yang terbaik sekarang ini untuk Kim Swee ialah ambil cuti. Kritikan itu sentiasa ada dan kita juga tidak boleh elak dari menerimanya. - Gambar fail
Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan menyarankan agar jurulatih skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengambil cuti susulan kegagalan pasukan negara layak ke separuh akhir kejuaraan Piala AFF Suzuki 2016 di Yangon, Myanmar.
Bekas jurulatih skuad itu mengakui beliau pernah mengalami pengalaman pahit sebegitu sewaktu skuad bimbingannya kandas di peringkat kumpulan pada edisi 2008.
"Jadi perkara yang terbaik sekarang ini untuk Kim Swee ialah ambil cuti. Kritikan itu sentiasa ada dan kita juga tidak boleh elak dari menerimanya," katanya kepada pemberita pada Simposium Bola Sepak Kebangsaan bertajuk 'Transformasi Bola Sepak Malaysia' di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Sathianathan turut menyelar transformasi dan revolusi bola sepak negara yang dilihat gagal dalam menyediakan pemain berkualiti bermula dari akar umbi.
"Cuma sekarang ini hanya satu sahaja harapan kita iaitu untuk menunggu hasil daripada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Dari pemerhatian saya, mereka menunjukkan prestasi yang amat berbeza dan tahu bila perlu membuat hantaran serta berinteraksi dengan penjaga gol," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sathianathan menegaskan agar siapa sahaja yang bakal menduduki kerusi panas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Mac depan sebagai presiden yang baharu diberikan masa yang secukupnya sebelum membuat sebarang penilaian.
Turut berkongsi pandangan yang sama ialah penganalisis sukan, Tan Sri Khoo Kay Kim yang berpendapat individu yang dilantik sebagai presiden ataupun jurulatih baharu skuad kebangsaan perlu diberikan tempoh sekurang-kurang dua tahun bagi membuktikan kemampuan masing-masing.
Beliau berkata sekiranya tamat tempoh dua tahun itu dan mereka masih gagal mencapai sasaran yang ditetapkan, mereka perlu bersedia untuk melepaskan jawatan dan memberi peluang kepada individu lain yang lebih layak. -- Bernama
Topic Berkaitan
#FAM
#Ong Kim Swee
#Piala AFF
#Sathianathan
#transformasi bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan