awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue

Astro Arena
Astro Arena
18/04/2024
04:30 MYT
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
Harimau Malaya masih mempunyai baki dua perlawanan dalam Kumpulan B dengan perlawanan terakhir bertemu Chinese Taipei dijangka berlangsung di venue keramat itu. - Foto Stadium Astro
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Harimau Malaya masih mempunyai baki dua perlawanan dalam Kumpulan B dengan perlawanan terakhir bertemu Chinese Taipei dijangka berlangsung di venue keramat itu.
Bagaimanapun, setelah beberapa kali dihujani kritikan berikutan kegagalan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menyediakan permukaan padang Bukit Jalil yang terbaik, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed menjelaskan sudah pun mengenal pasti gelanggang yang sesuai iaitu Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
“Kami akan pantau situasi padang, sebab saya difahamkan ada satu konsert lagi akan diadakan di SNBJ. Ini pun memberi kita satu tekanan sama ada mahu digunakan atau tidak.
“Tapi akhirnya kami akan lihat, selepas ini kami tiada kompromi mengenai situasi padang, jika boleh digunakan kami akan guna.
"Keutamaan kami adalah pemain, kami tidak mahu pemain cedera. Itulah periuk nasi mereka," katanya dipetik daripada MakanBola.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#harimau Malaya
#FAM
#Kelayakan Piala Dunia 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan