awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya akan kembali - Jojo

Sinar Harian
Sinar Harian
25/01/2025
03:40 MYT
Saya akan kembali - Jojo
Jojo (kiri) berjanji akan bangkit dalam pertarungan seterusnya. - Foto Sinar Harian
JAGUH muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar berjanji akan melakukan kebangkitan selepas tewas kepada bintang Colombia, Johan Estupinan dalam pertarungan ONE 170 di Impact Arena, Bangkok, Thailand semalam.
Menurut Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, kekalahan itu hanya satu rintangan kecil dalam perjalanan kariernya.
"Alhamdullilah, hanya rintangan kecil dalam perjalanan saya...Saya akan kembali. Terima kasih semua atas sokongan," katanya dalam laman Instagram miliknya.
Dalam pertarungan itu, Johan menampilkan aksi bertenaga dalam tiga pusingan flyweight tersebut, sebelum tewas menerusi keputusan pengadil.
Ia sekali gus menjadi kekalahan kedua buat petarung berusia 18 tahun dari Sarawak itu daripada lapan penampilan di pentas ONE Championship.
Dalam pada itu, Johan turut membalas komen di laman Instagramnya yang meminta dia tidak berputus asa dengan kekalahan tersebut.
"Insya-ALLAH, terima kasih banyak-banyak. Anda dan semua peminat lain dengan kata-kata sokongan seperti ini amat bermakna kepada saya.
"(Kekalahan ini) sukar untuk ditelan tetapi ALLAH sentiasa mempunyai perancangan yang lebih baik," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muay Thai
#Jojo
#Johan Ghazali
#Johan Estupinan
#ONE 170
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan