TIDAK keterlaluan jika dikatakan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill membawa maruah negara apabila beliau menghadiri mesyuarat Eksekutif Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) di Glasgow pada Isnin.
Apa tidaknya, tumpuan kini terarah kepada Amarjit yang juga Ahli Jawatankuasa Pengurusan UCI untuk meyakinkan badan induk dunia, UCI dalam penganjuran perlumbaan jejalah berbasikal terulung di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.
Ketika ini, status penganjuran LTdL 2023 masih mencetuskan tanda tanya apabila perlumbaan berstatus ProSeries itu yang dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 30 September depan tiada lagi dalam kalendar UCI.
Situasi itu mencetuskan keresahan PKBM selaku badan induk berbasikal di negara ini biarpun Majlis Sukan Negara (MSN) diberikan tanggungjawab selaku penganjur LTdL 2023 yang memasuki edisi ke-23.
“Sudah tentu apa yang dibimbangkan Datuk Abu Samah (Abd Wahab) selaku Presiden PKBM ada asasnya kerana penganjuran LTdL ini membawa nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Saya percaya bukan sahaja beliau, malahan setiap pemegang taruh terlibat mahupun peminat sukan berbasikal negara tidak mahu LTdL berkubur kerana LTdL ada sejarah dan keunikan tersendiri.
“Jadi saya akan bawa suara presiden (Abu Samah) pada mesyuarat UCI nanti. Dalam mesyuarat itu nanti, saya percaya segala persoalan kita semua akan berakhir,” katanya kepada Sukan Sinar.
Pada masa sama, Amarjit tidak menolak kemungkinan situasi yang berlaku itu atas sebab bebanan hutang yang ditinggalkan pihak penganjur LTdL sebelum ini, Human Voyage (M) Sdn Bhd.
Bagaimanapun, Amarjit berkata, isu berkenaan sudah diselesaikan pihak Human Voyage apabila bayaran baki hutang yang tertunggak itu sudah dibayar kepada lima pasukan terlibat.
“Saya diberitahu hutang kepada lima pasukan itu sudah selesai. Jadi ini satu perkembangan yang baik sebelum saya membawa perkara ini dalam mesyuarat (UCI) itu nanti," jelasnya.
Difahamkan, lima pasukan yang sebelum ini menuntut hutang masing-masing ialah Movistar Team, Cofidis Solutions Credits, Lotto Soudal, Alpecin–Deceuninck dan EF Education–EasyPost.
Mengenai berita Human Voyage yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap PKBM dan Abu Samah, Amarjit berkata; “Kita tunggu dan lihat, tapi apapun saya akan mempertahankan Presiden PKBM.” - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 29 2023

Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi. - Foto fail Bernama (Gambar kecil: Amarjit)
ASEAN25: Mohamad bertemu Setiausaha Agung ASEAN
Meteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn di Putrajaya pada Khamis.
Hong Kong permudah kemasukan pelawat ASEAN
Hong Kong mengumumkan pelaksanaan rasmi program memudahkan kemasukan pelawat dari 10 negara ASEAN.
Maritim Malaysia atur gerak aset laut, kerjasama dengan Filipina
Maritim Malaysia menggerakkan aset bagi menangani jenayah rentas sempadan dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi memperkukuh kawalan.
Masjid Istiqlal santuni ribuan jemaah semasa iftar
Masjid Istiqlal menyantuni ribuan jemaah setiap hari dalam majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
Presiden Brazil kunjungi Vietnam minggu depan
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula Da Silva dilaporkan akan melakukan kunjungan rasmi ke Vietnam minggu depan, membawa bersama beberapa delegasi perniagaan.
PM Thailand arah tindakan tangani jerebu teruk di Chiang Mai
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra menggesa semua agensi berkaitan untuk segera meningkatkan langkah-langkah bag menangani masalah jerebu teruk yang mencemari udara di Chiang Mai.
Kira-kira 100,000 mangsa masih terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar
Kira-kira 100,000 mangsa sindiket penipuan masih terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar.

Saman fitnah: Lokman Adam mohon maaf secara terbuka kepada Rosli Dahlan
Rosli failkan saman berhubung penyiaran video yang mendakwa beliau mengaut keuntungan secara tidak sah daripada wang berkaitan usaha pemulihan aset 1MDB.

Jefri Ngadirin Pengarah MSN baharu bermula 4 April
Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu.

RMK13 teruskan dasar bersepadu, fokus industri HGHV - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan memastikan dasar bersepadu dan bersesuaian yang memberi tumpuan kepada industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) diteruskan dalam Dokumen Rancangan RMK13.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.

LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

LTdL perlu lebih RM15 juta - Abdul Rashid
Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dijangka memerlukan perbelanjaan lebih RM15 juta.

Tourism Malaysia tawar 23 pakej pelancongan sambil tonton perlumbaan LTdL
Pakej yang ditawarkan bakal meliputi destinasi pelancongan popular angtaranya seperti Langkawi, Pulau Pinang, Melaka, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands.

LTdL 2023: Carr juara keseluruhan, Syritsa ungguli peringkat akhir
Simon Carr melakar sejarah menjadi atlet berbasikal pertama British memenangi gelaran Juara Keseluruhan (Jersi Hijau) perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

De Kleijn kuasai peringkat pertama LTdL 2023
Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn menjuarai peringkat pertama LTdL 2023 dari Kerteh ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

LTdL: Malaysia bukan sekadar pelengkap
Di sebalik kehadiran beberapa pasukan ternama, barisan pelumba Malaysia tetap memiliki aura tersendiri.

LTdL 2023: Pasukan tiba di Terengganu, pemburuan jersi hijau bermula
Bahang penganjuran LTdL tidak pernah terpadam sebelum acara kayuhan itu bermula esok hingga 30 Sept ini.

LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.

'Saya bawa suara presiden'
Datuk Amarjit Singh Gill membawa maruah negara apabila beliau menghadiri mesyuarat Eksekutif Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) di Glasgow pada Isnin.