Pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih belum memutuskan mengenai hala tujunya, selepas hampir pasti tidak akan beraksi pada saingan Kelas Perdana itu musim depan.
Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu menjelaskan sehingga kini beliau tidak dihubungi ataupun berhubung dengan mana-mana pasukan sebagai menghormati kontrak bersama pasukannya.
"Saya hanya fokus dengan pasukan saya...saya masih ada kontrak bersama KTM dan saya belum putuskan ke mana saya akan pergi dan tak ada berhubung dengan mana-mana pasukan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Grand Prix Malaysia 2019 di sini, pada Selasa.
Bekas pelumba Monster Yamaha Tech 3 berusia 25 tahun itu mengakui fokus utamanya adalah menampilkan aksi terbaik dalam menamatkan baki saingan perlumbaan musim ini.
Hafizh, bagaimanapun mengakui perlumbaan GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), November ini bakal jadi satu perlumbaan yang sukar buatnya, namun tetap berazam menceriakan penyokongnya terutama rakyat Malaysia.
"Harapan saya di Sepang bersama jentera KTM saya cuba buat yang terbaik, saya tak berani nak janji sebab keadaan jentera yang bagi saya agak kurang memuaskan.
"Saya perlu bekerja keras sebelum sampai perlumbaan GP Malaysia dan saya harap kalau boleh dapat meraih mata pada perlumbaan itu nanti," tambah beliau.
Bercakap mengenai motivasinya selepas pelumba dari Afrika Selatan, Brad Binder sah menggantikan posisi beliau meskipun musim belum tamat, Hafizh berkata semangatnya kekal membara dan ingin menikmati baki perlumbaan musim ini.
"Buat masa sekarang motivasi saya masih tinggi, saya masih bersemangat untuk berlumba dan saya masih bersemangat nak berikan terbaik untuk semua. Saya mahu berikan yang terbaik kepada pasukan sebelum saya berangkat ke tempat lain," tambah beliau.
Untuk rekod, Hafizh berjaya meraih tiga mata selepas mengharungi sembilan perlumbaan dan akan menamatkan baki 10 perlumbaan, dengan GP Malaysia merupakan destinasi kedua terakhir dalam kalendar perlumbaan musim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2019
Hafizh Syahrin ketika ditemu bual wartawan pada Majlis Pelancaran Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2019 di ibu kota, 16 Julai, 2019. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [28/04/2024] – Malaysia tumpu pelaburan baharu | Pertumbuhan saksama dan inklusif | Kajian pertubuhan buruh antarabangsa | Tabung Haji teruskan bantuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Fokus Minggu Depan: Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
Misi ditangguh, delegasi Malaysia berlepas pulang
Delegasi Malaysia dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza akan berlepas pulang malam ini.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Ustaz Wan sanggup bina tempat main boling DIY di sekolah kampung
Ustaz Wan mempunyai minat yang sangat tinggi terhadap sukan boling dan berhasrat untuk turut mengasah bakat anak muridnya.
Karnival Malaysia di New Delhi tarik 2,000 pengunjung
Pengunjung diraikan dengan persembahan kebudayaan, makanan, demonstrasi masakan, mencanting batik dan peluang merasai buah-buahan tropika Malaysia.
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
ARRC: Hafizh Syahrin nyaris habis minyak
Hafizh Syahrin menebus kekecewaan dengan menaiki podium selepas dipintas oleh penunggang Honda Asia-Dream Racing Astemo, Andi Farid Izdihar.
TMJ, Hafizh Syahrin mula langkah tubuh JDT Racing Team
Tunku Ismail bertemu Hafizh Syahrin dan Valeriano Rodriguez untuk berbincang mengenai pembentukan pasukan menjelang kempen musim 2024.
Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan
Hafizh Syahrin Abdullah, bakal mengumumkan perkembangan baharunya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, minggu depan.
Hafizh Syahrin tekad tunjuk 'taring sebenar' bersama JDT
Selepas mendapat tajaan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT), pelumba motosikal negara Hafizh Syahrin Abdullah bertekad untuk menunjukkan 'taring sebenar' di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024.
JDT Racing Team barakan dunia permotoran
JDT dijangka melebarkan sayap jenama kelab itu apabila menceburi arena perlumbaan permotoran bersama Hafizh Syahrin Abdullah.
WSBK: Hafizh Syahrin akhiri cabaran tempat ke-16
Pelumba dari Kuala Lumpur itu ketinggalan 1 minit 2.195 saat (s) daripada pemenang dari Sepanyol, Alvaro Bautista.
Kami pertaruh nyawa, kata Hafizh Syahrin tagih kepimpinan bebas agenda luar
Pandangan itu mengulangi persoalan yang dilontarkan Azlan Shah berhubung kemalapan sukan permotoran kebelakangan ini.
WSBK: Kurang uji jentera rencatkan permulaan Hafizh Syahrin
Hafizh turut mengakui kekurangan data pelumba lain juga menyebabkan beliau tidak berupaya memberi tentangan sengit.
Hafizh Syahrin sertai WSBK 2022 bersama Mie Racing Honda
Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah bakal membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda bermula musim depan.