PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti memuji tugasan sempurna yang dilakukan dengan baik para pemain Los Blancos selepas menang 2-0 ke atas Athletic Bilbao dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol di Arab Saudi, sekaki gus memperoleh gelaran ke-21 dalam karier pengurusannya dan kelima bersama kelab gergasi La Roja itu.
“Ya, saya memenangi banyak trofi, tetapi sudah lama sejak trofi terakhir saya.
"Kemenangan mewakili pengakhiran kerja anda.
"Di mata umum, ini bermakna anda telah melakukan kerja yang baik, tetapi itu tidak selalunya benar.
"Saya fikir telah melakukan tugas dengan baik di Everton dan Napoli, tetapi saya tidak menang di sana," kata Ancelotti pada sidang akhbar di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.
Kejuaraan Piala Super merupakan trofi pertamanya sejak memenangi Piala Super Jerman 2017 bersama gergasi Bundesliga Bayern Munich, empat setengah tahun lalu.
Pengendali berusia 62 tahun itu pernah mengendalikan Real Madrid ketika memenangi trofi Liga Juara-Juara ke-10 pada 2014.
Ancelotti juga memenangi Piala Raja Sepanyol, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab bersama Real Madrid dalam tempoh pertamanya mengendalikan, yang berakhir pada 2015.
Dia yang kini memimpin Real Madrid menerajui saingan La Liga hanya perlu memenangi kejuaraan tertinggi Sepanyol itu untuk menjadi pengurus pertama dalam sejarah kelab memenangi kesemua enam trofi utama.
“Saya rasa bertuah dan bangga berpeluang menguruskan pasukan yang mempunyai sejarah unik dalam bola sepak Sepanyol ini.
"Sejujurnya anda tidak boleh jemu untuk menang.
"Ia indah, malah ia sesuatu yang sangat anda nikmati, apabila melihat pemain gembira, meraikannya," kata Ancelotti.
Ditambah kepada lima trofi bersama Real Madrid, Ancelotti memenangi tiga sebagai pengurus Bayern, satu dengan Paris St-Germain (PSG), tiga dengan Chelsea, lapan dengan Milan dan satu dengan Juventus.
Real Madrid mendahului La Liga dengan 49 mata selepas mengharungi 21 perlawanan, lima mata di depan Sevilla di tempat kedua.
Los Blancos bersaing dalam Liga Juara-Juara, akan menentang PSG pada pusingan 16, manakala Piala Raja Sepanyol akan berdepan Elche di laman lawan pada Khamis depan, juga dalam 16 terakhir.
"Kami tidak akan mempunyai masa untuk meraikannya, terdapat satu lagi kejuaraan dalam beberapa hari," kata Ancelotti.
Pada perlawanan di Stadium Antarabangsa Raja Fahd, Riyadh itu jaringan Luka Modric pada minit ke-38' dan penalti minit ke-58', Karim Benzema mengesahkan kemenangan sempurna Los Blancos 2-0 ke atas Athletic Bilbao.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 17 2022
Pemain-pemain Real Madrid meraikan kejayaan menjulang kejuaraan Piala Super Sepanyol di Stadium King Fahd, Riyadh, 16 Jan 2022. - Foto AP
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
UCL: Guardiola tidak kesal Man City tersingkir
Manchester City tewas 3-4 kepada Real Madrid selepas pertemuan suku akhir kedua awal pagi tadi terikat 1-1 dan 4-4 secara agregat.
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
Mbappe bakal cetus masalah kepada Real Madrid
Gergasi LaLiga itu berharap dapat memuktamadkan perjanjian dengan Mbappe tidak lama lagi.
Toni Kroos buat pusingan U sertai skuad Jerman
Pemain tengah Real Madrid itu mendedahkan bulan lalu dia merancang untuk keluar daripada persaraan antarabangsa.
Mbappe mampu bantu Real dominasi Eropah
Thierry Henry melihat Real Madrid boleh mendominasi bola sepak Eropah dan Sepanyol untuk tempoh enam atau tujuh tahun akan datang jika mereka menandatangani Kylian Mbappe pada musim panas ini.
LaLiga: Barcelona sudah jatuh ditimpa tangga
Barca mengharungi kekecewaan, termasuk kehilangan pemain tengah, Frenkie de Jong dan Pedri, akibat kecederaan separuh masa pertama.
Kroos kembali semula
Kroos mengumumkan persaraan daripada pasukan kebangsaan pada Julai 2021 selepas Jerman diaibkan England 0-2 pada pusingan 16 Euro 2020.
La Liga: Gol masa kecederaan Marcos Llorente nafi kemenangan Real Madrid
Jaringan awal Brahim Diaz kelihatan sudah memastikan Real mengambil peluang keputusan seri tanpa jaringan Girona bertemu Real Sociedad.
Mbappe bakal sertai Real Madrid akhir musim - Laporan
Mbappe tidak akan memperbaharui kontraknya di kelab Ligue 1 itu apabila ia tamat membolehkannya berpindah ke kelab lain secara percuma.
Real terus buru Mbappe
MASA depan Kylian Mbappe serta spekulasi perpindahannya ke Real Madrid yang masih belum selesai akan menjadi cerita utama pada jendela perpindahan yang dibuka di Eropah hari ini.