awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya yang bina Arsenal! jawapan berang Arsene Wenger

Astro Arena
Astro Arena
16/03/2016
08:18 MYT
Saya yang bina Arsenal! jawapan berang Arsene Wenger
Arsenal sudah tersingkir dari Piala FA dan ketinggalan 11 mata dengan pendahulu Leicester City. - Foto Reuters
EKORAN tidak tahan dengan kritikan, pengendali Arsenal Arsene Wenger membuat kenyataan bahawa dia yang bertanggungjawab membina kelab itu menjadi antara pasukan gergasi di Eropah.
Wenger turut menegaskan dia tidak akan meninggalkan kelab itu sama sekali disamping mengatakan bahawa dia kini semakin bermotivasi untuk membawa The Gunners ke peringkat lebih tinggi.
"Saya yang membina pasukan ini dan saya lakukannya dengan kerja keras dan keazaman tinggi," jelasnya.
Pengendali Barcelona Luis Enrique turut memuji Wenger disamping meluahkan sokongan terhadap 'orang lama' Arsenal itu.
"Apa yang dilakukan Wenger selama 20 tahun bersama Arsenal cukup mustahil untuk dilaksanakan jurulatih lain," jelasnya.
Walaupun pengendali berusia 66 tahun itu sudah memasuki tahun terakhir kontraknya namun Wenger tidak sama sekali menyatakan hasratnya untuk berhenti.
Namun hakikat bahawa mereka kini sudah tersingkir dari Piala FA dan ketinggalan 11 mata dengan pendahulu Leicester City, masa Wenger jelas semakin suntuk.
Pada masa sama, beberapa penyokong setia The Gunners berang dengan kenyataan di buat Wenger dan membidas jurulatih itu dilaman sosial twitter.
"Kamu tidak membina kelab itu, kamu sekadar pekerja untuk Arsenal," kata Highbury Harry.
"Kalau Wenger yang bina Arsenal, maknanya saya yang bina Piramid di Mesir," kata #WengerOut.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Arsene Wenger
#Liga Perdana Inggeris
#Piala FA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan