awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Sazali tetap salah" - Malek Noor

Astro Arena
Astro Arena
20/12/2015
01:15 MYT
"Sazali tetap salah" - Malek Noor
Malek Noor berpendapat Sazali Samad harus menerima segala kesalahannya dan beliau terkilan dengan tindakan Sazali untuk menggunakan bahan terlarang tersebut.
Itu merupakan pandangan bekas jaguh bina badan negara Datuk Malek Noor mengenai Sazali Samad yang berdepan penggantungan selepas gagal dalam ujian doping September lalu.
Kemudahan latihan, makanan tambahan serta elaun latihan jaguh bina badan negara, Sazali Samad terpaksa ditarik balik oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) ekoran kegagalan beliau dalam ujian doping. Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Malek Noor berpendapat Sazali Samad harus menerima segala kesalahannya dan beliau terkilan dengan tindakan Sazali untuk menggunakan bahan terlarang tersebut. "Tiada perkara yang perlu disembunyikan lagi, kesalahan tetap kesalahan, saya terkilan dengan perkara sebegini kerana dia seorang yang profesional dan hal ini mencemarkan nama sukan bina badan secara menyeluruh," katanya dengan nada tegas. Tambahnya lagi, persatuan-persatuan serta pihak yang berkenaan perlu lebih proaktif dalam memantau penggunaan makanan-makanan tambahan oleh atlet. "Persatuan kena main peranan, minta maaf saya cakap sebegini tetapi penjualan steroid boleh didapati secara terbuka seperti didalam Facebook," jelasnya lagi. Malek Noor ditemui pada majlis perasmian program pencarian harta karun 2015 anjuran Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (sam) pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Jaguh bina badan negara
#Majlis Sukan Negara
#malek noor
#Sazali Samad
#ujian doping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan