awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scholes dakwa bilik persalinan United dalam 'berantakan', seperti bencana

Astro Arena
Astro Arena
24/04/2022
04:34 MYT
Scholes dakwa bilik persalinan United dalam 'berantakan', seperti bencana
Gol ke-100 Cristiano Ronaldo dalam pertandingan itu tidak mencukupi untuk memastikan kemenangan United menentang Arsenal. - Stadium Astro
PAUL SCHOLES mendakwa bilik persalinan Manchester United dalam keadaan 'huru-hara' susulan prestasi buruk The Red Devils berterusan dengan kekalahan 3-1 di Arsenal semalam.
Harapan United untuk menamatkan saingan di empat teratas Liga Perdana berakhir di Stadium Emirates apabila mereka tewas kali ketiga dalam empat perlawanan liga utama.
Gol ke-100 Cristiano Ronaldo dalam pertandingan itu tidak mencukupi kerana gol pembukaan Nuno Tavares, penalti Bukayo Saka dan gol Granit Xhaka memperoleh kemenangan untuk Arsenal.
The Red Devils, yang menyaksikan Bruno Fernandes terlepas sepakan penalti, kini telah tewas empat perlawanan liga berturut-turut buat kali pertama sejak enam perlawanan antara Disember 1980 dan 1981.
Mengimbas kembali aksi hambar terbaru United, legenda kelab Scholes mendakwa bekas pasukannya berantakan di belakang tabir ketika dia bercakap baru-baru ini dengan bintang Red Devils, Jesse Lingard.
"Ia benar-benar huru-hara," kata Scholes kepada DAZN. "Bilik persalinan United seperti berdepan bencana.
"Saya berbual cepat dengan Jesse sebelum ini, dan saya pasti dia tidak keberatan mengatakan bahawa bilik persalinan United ketika ini hanyalah bencana."
United berada enam mata di belakang empat teratas, setelah bermain satu perlawanan lagi, dan pengurus sementara, Ralf Rangnick, telah mengakui bahawa harapan untuk layak ke Liga Juara-Juara sudah berakhir.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI STADIUM ASTRO
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Cristiano Ronaldo
#Liga Perdana Inggeris
#Paul Scholes
#Arsenal
#penalti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan