awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sejak 2024, beberapa ejen cadangkan pemain, saya panjangkan kepada FAM - Tengku Muda Pahang

Astro Arena
Astro Arena
24/10/2025
07:51 MYT
Sejak 2024, beberapa ejen cadangkan pemain, saya panjangkan kepada FAM - Tengku Muda Pahang
Tengku Abdul Rahman menegaskan tujuh pemain warisan yang kini disiasat FIFA adalah warganegara Malaysia melalui proses sah. - Gambar fail/Sri Pahang Football Club
'SEGALA cadangan dibuat dengan niat murni untuk membantu memperkukuh skuad kebangsaan serta membuka peluang kepada bakat-bakat berdarah Malaysia di luar negara untuk berkhidmat kepada tanah air.'

Ringkasan AI
  • Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, menjelaskan cadangan pemain warisan dibuat dengan niat murni untuk memperkukuh skuad kebangsaan dan memberi peluang kepada bakat berdarah Malaysia di luar negara.
  • Baginda menegaskan tujuh pemain warisan yang kini disiasat FIFA adalah warganegara Malaysia melalui proses sah, sama seperti usaha naturalisasi pemain terdahulu seperti Mohamadou Sumareh dan Lee Tuck.
  • Tengku Abdul Rahman turut memuji visi Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membawa kejayaan besar kepada JDT dan kemajuan bola sepak negara.

Giliran Tengku Muda Pahang (TMP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, menjelaskan situasi berkenaan skandal bola sepak negara melibatkan denda daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta penggantungan tujuh pemain warisan.
Dalam satu kenyataan bebas, bekas pemilik Sri Pahang itu berkongsikan tentang pandangan dan sumbangan baginda dalam industri bola sepak, terutamanya misi memperkasa skuad kendalian Peter Cklamovski untuk bersaing di peringkat tertinggi.
TMP dedah pemain yang pernah disyorkan kepada FAM termasuk 7 pemain warisan yang kini sedang dalam siasatan FIFA, namun menegaskan semua pemain terbabit mendapat kewarganegaraan Malaysia secara sah di bawah undang-undang negara. @ASTROARENA pic.twitter.com/QHAnPemTBp
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 24, 2025
Dalam masa sama, Tengku Abdul Rahman juga meluahkan rasa keterujaannya melihat visi Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menerusi kepimpinannya mendatangkan hasil kejayaan besar buat Johor Darul Ta'zim (JDT), sekali gus menyumbang kepada kemajuan bola sepak Malaysia.
"Antara pemain yang pernah saya syorkan kepada FAM termasuklah tujuh pemain warisan yang kini terlibat dalam siasatan dan sekatan oleh FIFA.
"Untuk makluman, ke semua tujuh pemain terbabit merupakan warganegara Malaysia yang sah melalui proses yang sah dan teratur mengikut peruntukan undang-undang negara.
"Sebelum ini, pasukan Pahang juga pernah terlibat dalam proses naturalisasi beberapa pemain seperti Mohamadou Sumareh, Sergio Aguero dan Lee Tuck.
"Usaha tersebut dilaksanakan dengan bertujuan memperkuat pasukan Harimau Malaya serta memberi lebih banyak pilihan taktikal kepada barisan kejurulatihan," katanya. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#isu dokumentasi
#Tengku Muda Pahang
#Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah
#pemain warisan
#FIFA
#Tunku Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan