KUALA LUMPUR: Skuad hoki dalam dewan lelaki negara mencipta sejarah apabila menjuarai Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 dengan menewaskan juara bertahan Iran, 3-2 menerusi penentuan pukulan penalti pada aksi final di Bangkok, Thailand hari ini.
Gelaran julung kali itu diraih selepas kedudukan terikat 4-4 dalam masa permainan sebenar di Stadium Tertutup Huamark, sekali gus menyaksikan Malaysia berjaya menamatkan dominasi Iran selaku juara lapan kali berturut-turut sejak edisi pertama pada 2008.
Pada saat genting penentuan pukulan penalti, jaringan Muhamad Izham Azhar, Norsyafiq Sumantri dan Shello Silverius selain kecemerlangan penjaga gol Mohd Khairul Afendy Kamaruzaman menafikan satu daripada percubaan Iran, berjaya menjulang Malaysia selaku juara.
Lebih manis, Norsyafiq Sumantri dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu.
Terdahulu dalam masa permainan sebenar, Iran yang menduduki ranking ketiga dunia berada di depan seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti Mohsen Bohlouli sebelum Malaysia bangkit mendahului 2-1 hasil gol padang Muhammad Ashran Hamsani dan Shello Silverius pada minit ke-12 dan ke-16.
Empat minit kemudian, Amirmahdi Mirzakhani meledak gol penyamaan Iran melalui jaringan padang sebelum Malaysia kembali mendahului apabila Mohd Norhafizie Jamil Azomi menyumbat gol padang pada minit ke-26.
Pasukan lawan berjaya menjadikan kedudukan 3-3 hasil gol padang Mohammad Karimi pada minit ke-32 sebelum Muhammad Ashran mencetak gol padang kedua peribadinya (minit ke-36), namun Iran sekali lagi bangkit mengikat kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Hamid Nooranian pada minit ke-38.
Ketua jurulatih negara Muhammad Amin Rahim yang gembira dengan pencapaian dilakar skuad bimbingannya memuji mutu permainan serta semangat juang ditampilkan barisan pemain dalam memburu kejayaan bersejarah itu.
"Kesungguhan mereka bermain bermati-matian untuk mencapai matlamat pasukan harus dipuji. Setiap pemain telah beri persembahan terbaik dan inilah hasil usaha keras mereka. Bukan mudah bermain tujuh perlawanan dalam tempoh lapan hari.
"Ini adalah satu sejarah dan saya harap sukan hoki dalam dewan akan terus diberikan perhatian kerana kita ada potensi yang besar untuk beraksi di peringkat lebih tinggi," katanya dalam kenyataan ringkas menerusi WhatsApp kepada media hari ini.
Sebagai rekod, skuad hoki dalam dewan lelaki negara menamatkan kemarau lapan tahun untuk beraksi di pentas final selepas kali terakhir pada edisi 2014 di Changhua, Taiwan, yang menyaksikan Malaysia tewas 1-5 kepada Iran.
Sementara itu, pada saingan wanita Malaysia tidak pulang tangan kosong apabila berjaya merangkul gangsa dengan mengatasi Kazakhstan 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di venue sama sekali gus memperbaiki pencapaian menduduki tempat keempat pada edisi 2019.
Pada pertembungan itu, dua gol pasukan negara hadir menerusi pukulan penalti yang disempurnakan Iren Hussin dan Nur Aisyah Yaacob masing-masing pada minit ke-15 dan ke-39.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Malaysia muncul juara selepas menewaskan Iran 3-2 menerusi penentuan 'shoot out' setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok. - Gambar/ MHC
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
Sejarah tercipta, Malaysia juara Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022
MALAYSIA mengakhiri penguasaan Iran di Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia apabila menundukkan juara bertahan tersebut dalam perlawanan akhir edisi 2022 di Bangkok pada Isnin.