KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang sebelum ini merupakan gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya dan vanue bagi penganjuran konsert, bakal menjadi 'padang baharu' buat pelajar sekolah bermula Oktober ini.
Bersempena ulang tahun ke-25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC), Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi tawaran istimewa kepada semua sekolah menggunakan SNBJ secara percuma bagi tempoh dua tahun khusus untuk penganjuran hari sukan.
Katanya pelaksanaan konsep merakyatkan sukan melalui penggunaan fasiliti sukan di bawah PSM telah dipersetujui dalam mesyuarat perbadanan itu pada 17 Julai lepas dan kegunaan secara percuma untuk sambutan hari sukan sekolah itu tertakluk kepada kekosongan jadual tempahan.
"Ini selaras dengan pengumuman sebelum ini bahawa kita nak fokus olahraga sebagai satu sukan pembangunan akar umbi di peringkat sekolah. Saya mahu murid rasai pengalaman berlari 100 meter di SNBJ kerana ia mungkin beri inspirasi kepada mereka untuk menjadi atlet," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media malam penghargaan dan sambutan ulang tahun ke-25 KLSC di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi PSM Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd Faidz Sanusi.
Hannah berkata selain SNBJ, PSM turut memberi tawaran penggunaan secara percuma dua venue lain iaitu Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Bukit Kiara kepada pihak sekolah.
"Sebelum ini, pihak sekoleh perlu bayar (kos sewa) dengan kadar diskaun jika mahu gunakan stadium, jadi selepas ini mereka dijemput membuat tempahan dengan PSM yang dijangka dibuka bermula bulan depan," katanya.
Beliau berkata syarikat pengeluar makanan berkhasiat juga boleh mengiklankan produk mereka sekiranya terdapat hari sukan sekolah di tiga venue tersebut.
"Mereka boleh bincang dengan PSM mengenai kadar untuk pengiklanan, sekurang-kurangnya boleh tampung kos (tawaran percuma penggunaan venue)," katanya.
Sementara itu, Hannah berkata PSM selaku badan yang menguruskan KLSC atau sebelum ini dikenali Kompleks Sukan Negara, membuktikan peranannya sebagai badan pengelola stadium yang efisyen termasuk kejayaan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel 1998, Sukan SEA 2001 dan Sukan SEA 2017.
Menurutnya KLSC yang diuruskan PSM diharap dapat terus memantapkan aspek tadbir urus dan pengurusan stadium dalam menjadikannya venue pilihan utama penganjur acara dalam dan luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
Hannah berkata selain SNBJ, PSM turut memberi tawaran penggunaan secara percuma dua venue lain iaitu Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Bukit Kiara kepada pihak sekolah. - Gambar KBS
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Sekolah boleh anjur hari sukan di SNBJ secara percuma - Hannah
SNBJ yang sebelum ini merupakan gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya dan vanue bagi penganjuran konsert, bakal menjadi 'padang baharu' buat pelajar sekolah bermula Oktober ini.
Tanpa pertolongan 'seorang Cina', Azizulhasni mungkin bukan juara dunia hari ini
Azizulhasni Awang mendedahkan pernah digugurkan daripada program pelapis di Sekolah Sukan Bukit Jalil pada usia 18 tahun tetapi diselamatkan oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan ketika itu.
Jawatankuasa khas pantau wabak denggi di Bukit Jalil
Majlis Sukan Negara (MSN) merancang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mencegah penularan wabak denggi yang semakin membimbangkan di sekitar kawasan Bukit Jalil.
Terkilan dengan pengurusan SSBJ
Ketua Jurulatih Skuad Harimau Muda C, Aminuddin Husin terkilan dengan pengurusan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).