33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan cetus kekecohan

Antara penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi permohonan reman atas pelbagai kesalahan ketika Perlawanan Liga Super Terengganu FC melawan Selangor FC malam tadi. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 33 penyokong Selangor FC direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang dicetuskan di Jambatan Angkat Kuala Terengganu semalam.
Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Kejadian kira-kira 6.30 petang itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super membabitkan Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor ketika dihubungi berkata mereka antara kira-kira 400 penyokong yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu malam tadi bagi menjalani pemeriksaan saringan air kencing.
Beliau berkata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin akan mengadakan sidang media berkaitan perkembangan lanjut kes berkenaan pada 2.30 petang ini.
Terdahulu, tular beberapa rakaman video menerusi media sosial memaparkan sekumpulan penyokong Selangor FC berarak sambil membawa bendera pasukan dari arah bandar raya menuju ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu sebelum menyalakan suar ketika berada di tengah jambatan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


