Selangor FC lantik Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih

Kelab berkenaan menyatakan keyakinan bahawa Kim Pan-gon mampu meningkatkan prestasi pasukan utama Selangor FC serta memastikan skuad Gergasi Merah terus bersaing di peringkat tertinggi. - Gambar fail/Stadium ASTRO
KUALA LUMPUR: Selangor FC mengesahkan pelantikan bekas jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, sebagai ketua jurulatih baharu pasukan Gergasi Merah, berkuat kuasa mulai Isnin.
Ringkasan AI
- Kim Pan-gon dilantik sebagai ketua jurulatih Selangor FC, menggantikan Christophe Gamel mulai Isnin.
- Selangor FC yakin Kim Pan-gon dapat tingkatkan prestasi pasukan utama dan kekalkan saingan di peringkat atas.
- Christophe Gamel dilantik sebagai Pengarah Teknikal untuk fokus pada pembangunan sistem kejurulatihan dan pemain muda Selangor FC.
"Christophe Gamel pula akan memberi tumpuan kepada pembangunan sistem kejurulatihan dan pemain muda, khususnya bagi pasukan bawah 23 tahun serta program pembangunan akar umbi kelab," jelas kenyataan itu.
Kim Pan-gon mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak tempatan selepas pernah mengendalikan skuad kebangsaan dari tahun 2022 hingga 2023.
Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai ketua jurulatih Ulsan Hyundai, salah sebuah kelab ternama di Korea Selatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


