Selangor FC tamat kempen ACL2 dengan kalah 0-1 kepada Lion City Sailors

Pemain Selangor FC Chrigor Moraes (kanan) mengawal bola sambil diasak pemain Lion City Sailors FC Diogo Costa (kiri) pada perlawanan Liga Juara-Juara 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Impian Selangor FC menutup kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2025/26 dengan kemenangan tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada kelab Singapura, Lion City Sailors, dalam aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Ringkasan AI
- Selangor FC tewas 0-1 kepada Lion City Sailors dalam aksi terakhir Kumpulan G ACL2 2025/26 di Stadium MBPJ.
- Tsiy Ndenge menyumbang gol kemenangan pada minit ke-50 untuk Lion City Sailors, sedangkan Selangor gagal menjaringkan gol.
- Kekecewaan dirasai oleh Selangor FC kerana gagal menutup kempen ACL2 dengan kemenangan.
Namun, percubaan kencang Lestienne hanya sekadar menggegar palang, sekali gus menyaksikan babak pertama berakhir tanpa jaringan.
Sebaik babak kedua dimulakan, Selangor FC dikejutkan apabila Tsiy Ndenge meledak gol kemenangan pada minit ke-50 hasil hantaran cantik Song Ui-Young, yang gagal diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Kamalullah Al-Hafiz.
Lion City hampir menggandakan jaringan pada minit ke-84 menerusi Anderson Lopes, namun percubaannya berjaya dinafikan Kamalullah dan turut disekat pertahanan muda Selangor, Harith Haiqal.
Pada minit-minit akhir permainan, Selangor melancarkan beberapa serangan, termasuk percubaan Morales dari sebelah kiri padang, tetapi tidak cukup untuk memecah kebuntuan. Kekecewaan jelas terpancar pada wajah pemain tuan rumah yang melihat peluang terbaik itu gagal disempurnakan.
Selangor sebelum ini sudah pun mengesahkan penyingkiran daripada saingan ACL2 selepas tewas 2-3 kepada wakil Indonesia, Persib Bandung, pada 6 Nov lepas di venue sama.
Kekalahan itu adalah yang keempat berturut-turut, sekali gus meletakkan Gergasi Merah di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata selepas tewas kepada Bangkok United dan Lion City Sailors dalam aksi awal.
Satu-satunya mata yang berjaya diraih Selangor hadir menerusi keputusan seri 1-1 dengan Bangkok United di Bangkok pada 26 Nov lepas -- keputusan terbaik mereka dalam lima perlawanan Kumpulan G.
Sebelum perlawanan malam tadi, Ketua Jurulatih Selangor FC, Christophe Gamel, menegaskan keyakinannya untuk memburu kemenangan terakhir, namun misi itu tidak kesampaian.
"Our #ACLTwo journey this season comes to an end. Thank you for all your support throughout the whole campaign," menurut kenyataan Selangor FC di laman sosial rasmi mereka, malam tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


